depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - BENGKEL KERJA VERIFIKASI DATA MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (INFRASTRUKTUR) TAHUN 2019

BENGKEL KERJA VERIFIKASI DATA MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (INFRASTRUKTUR) TAHUN 2019

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Pengetua dan Guru Besar
Seperti Senarai Edaran di Lampiran A

Tuan,

BENGKEL KERJA VERIFIKASI DATA MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (INFRASTRUKTUR) TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan, Bengkel Kerja Verifikasi Data Modul Pengurusan  Sekolah (Infrastruktur) Tahun 2019 akan diadakan bagi memastikan data-data sekolah adalah tepat, berkualiti dan terkini. Bengkel kerja ini akan diadakan mengikut ketetapan seperti jadual perbengkelan di Lampiran B.
 
 3.     Sehubungan itu, mohon Guru Data dan Maklumat (GDM) sekolah tuan hadir  tanpa wakil ke bengkel kerja tersebut dengan membawa bersama perkara berikut:
 
    3.1 dokumen berkaitan data infrastruktur Oika ada)  
    3.2 komputer riba 
    3.3 wayar penyambung (extension wire)

4.    Untuk makluman, makan dan minum disediakan sepanjang bengkel dijalankan. Semua tuntutan adalah mengikut pekeliling berkuatkuasa dan tertakluk  kepada kebenaran Ketua Jabatan 

5.    Sebarang pertanyaan berkaitan bengkel kerja ini, sila hubungi Penolong PPD ICT atau Penyelia ICT Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing, Kerjasama pihak tuan untuk menjayakan bengkel kerja ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
 

Statistik Pengunjung

1.png4.png9.png7.png5.png3.png7.png
Hari Ini972
Semalam1254
Minggu Ini3340
Bulan Ini12004
Keseluruhan1497537

  • IP Anda : 3.231.226.211
Rabu, 13 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  1 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai