PERUTUSAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

on . Posted in PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah nikmat kurniaNya, kita masih dapat berada dalam tahun 2015 yang semakin mencabar terutamanya dalam bidang pendidikan.

 

            Terlebih dahulu suka saya titipkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2015 pada semua warga pendidikan di daerah Hilir Perak. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga pendidikan di daerah ini kerana telah bekerja dengan cemerlang dan ikhlas sepanjang tahun 2014. Sesungguhnya di atas bahu tuan-tuan dan puan-puanlah terletaknya amanah negara yang berat dalam memastikan kemenjadian modal insan yang bakal mewarisi dan sebagai penggerak kepada pembangunan kemajuan negara. Teras Kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia ke-9 menegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu insan yang dimiliki.

 

            Sehubungan dengan itu, antara cabaran dunia pendidikan masa kini seperti perubahan pengetahuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Dalam erti kata lain, kita mestilah berani untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan secara berterusan dalam menjana kecemerlangan pendidikan negara.

 

            Pembelajaran sepanjang hayat berperanan dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan. Pembelajaran ini dikenal pasti melalui konsep pekerjaan, pemerkasaan dan keseronokan dalam mencetus fenomena budaya kerja berkualiti. Justeru, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak pada tahun 2015 ini berhasrat untuk “Memperkasa Peranan dan Fungsi Panitia Mata Pelajaran” bagi merealisasikan hasrat Hilir Perak Nombor 1.

 

            Panitia mata pelajaran harus perperanan secara komprehensif serta tekal dalam proses pendemokrasian pendidikan yang mencakupi program menjana pengetahuan, kemahiran dan kompetensi guru serta murid. Hal ini, selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke menara gading, termasuk vokasional. Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) mesti menjadi budaya kerja baharu dalam setiap mata pelajaran agar segala isu dan permasalahan dapat di atasi secara berkesan sejak awal lagi.

 

            Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Guru Besar mesti digarap secara bermakna lagi berkesan untuk memastikan transformasi pendidikan di negara kita mampu bersaing di pentas global. Pengetua dan Guru Besar mestilah menjadi suri teladan kepada warga sekolah masing-masing. Anak didik mesti diberi ruang dan peluang yang saksama bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Amanah inilah yang terpikul di bahu setiap warga pendidik untuk memastikan agar sifar gagal dalam setiap mata pelajaran menjadi kenyataan.

 

            Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bakal membuahkan hasil jika setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan utama dalam kemenjadian murid. Proses pencarian ilmu patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah sekali gus mampu memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga pendidik dan murid di negara ini dan khususnya di Hilir Perak.

 

            Saya juga berdoa agar segala usaha murni untuk merealisasikan hasrat Hilir Perak Nombor 1 sebagai suatu budaya kerja yang cemerlang menjadi contoh terbaik buat semua warga pendidikan di Hilir Perak. Bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi pada hari ini mampu membentuk jiwa yang luhur dalam kehidupan ukhrawi dan duniawi.

 

            Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2015 kepada semua warga pendidikan di daerah Hilir Perak dan doa saya agar pada tahun ini kita sama-sama memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang yang kita ceburi.

 

Sekian. Terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png1.png6.png2.png
Hari Ini880
Semalam965
Minggu Ini3742
Bulan Ini19450
Keseluruhan1011162

  • IP Anda : 54.162.241.40
Khamis, 23 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai