MAKLUMAT PENTADBIR SEKOLAH BAGI BUKU PENDIDIK BESTARI 2018

Ditulis oleh ALIAS SALI on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Tuan,

MAKLUMAT PENTADBIR SEKOLAH BAGI BUKU PENDIDIK BESTARI 2018

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui kerjasama Unit Sukan dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diamanahkan untuk menyediakan Buku Pendidik Bestari 2018.

3.    Untuk makluman tuan, pihak Unit Sukan dan Pejabat Pendidikan Daerah sedang berusaha untuk mengumpul maklumat terkini pentadbir sekolah-sekolah seluruh negeri Perak untuk dimuatkan ke dalam Buku Pendidik Bestari 2018. Maklumat tersebut hendaklah dikemaskini dan dihantar ke Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

4.    Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan dipohon agar dapat menghantar maklumat tersebut dengan kadar segera pada atau sebelum 25 Oktober 2017, jam 4.00 petang kepada Urus Setia Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing berbentuk 'Soft copy dan hard copy". Sebarang maklumat Ianjut sila hubungi Penyelia Sukan Daerah masingmasing (rujuk lampiran 1) atau En. Nor Azami bin Ijam, Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Perak ditalian 05-242 3727 / 012-592 6155.

5.    Kerjasama dan sokongan tuan amat diharapkan bagi membantu pihak Urus Setia Unit Sukan dan Pejabat Pendidikan Daerah menerbitkan Buku Pendidik Bestari 2018 tepat pada tarikh yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png4.png8.png5.png
Hari Ini277
Semalam926
Minggu Ini4065
Bulan Ini19773
Keseluruhan1011485

  • IP Anda : 54.224.168.206
Jumaat, 24 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai