KUTIPAN DATA PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) 2018 BORANG A3 DAN A4 SERTA LAPORAN SUKU TAHUN KETIGA RMT 2017

Ditulis oleh Nurul Huda Hussian on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk
(u.p: PK HEM / GK HEM )

Tuan,

KUTIPAN DATA PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) 2018 BORANG A3 DAN A4 SERTA LAPORAN SUKU TAHUN KETIGA RMT 2017

Mohon kerjasama tuan mempastikan data penerima RMT 2018 bagi murid-murid tahun 2 hingga 6 (2018) secara hardcopy dan softcopy dan Laporan RMT Suku Tahun ke-3 (2017) di hantar sebelum atau pada  25 Oktober 2017.

2.    Pihak sekolah diwajibkan menggunakan tapak Borang A3 dan A4 yang disertakan di bawah tanpa gagal.  Pastikan format borang tidak diubah.  Jika tidak cukup garisan yang disediakan sila tambah garisan(row) sahaja bukan disambung pada sheet yang berlainan.  Senarai hendaklah ditaip bermula dari nama murid tahun 2 hingga 6 pada sheet (muka surat ) yang sama.  Pastikan paparan yang ditaip menggunakan nombor 1 bukan menggunakan icon /. Data ini akan digabung untuk dihantar ke JPN.
 
3.    Data murid yang dihantar adalah hasil keputusan mesyuarat bantuan yang telah dijalankan.  Jika masih terdapat murid yang tercicir selepas penghantaran data ini, murid tersebut perlu dimasukkan kedalam senarai cicir dan tahun 1 pada Januari 2018 nanti. Data hardcopy yang dihantar hendaklah di sahkan oleh guru besar. Data soft copy pula hendaklah diemail mengikut daerah seperti di bawah.

    HILIR PERAK    :    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    BAGAN DATUK    :    nurul318ppdbagandatukgmail.com

4.     Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Nurulhuda bt Hussian ( Penolong PPD HEM ) di talian 0195761858.  Kerjasama daripada pihak tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png1.png6.png1.png
Hari Ini879
Semalam965
Minggu Ini3741
Bulan Ini19449
Keseluruhan1011161

  • IP Anda : 54.162.241.40
Khamis, 23 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai