depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2018

KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2018

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Guru Besar,

Sekolah-Sekolah  Rendah,

Daerah Hilir Perak.

(UP: PK/GK HEM & Penyelaras Program PS1M)

 

KUTIPAN  DATA  PENERIMA  PROGRAM  SUSU  1MALAYSIA (PS1M) 2018

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat siaran Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.800-4/1/16 Jld.4 bertarikh 15 Mac 2018 adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan PS1M kepada murid-murid dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut;

 

            2.1        Murid warganegara Malaysia

            2.2        Murid-murid Tahun 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah

2.3        Murid-murid yang TIDAK tinggal di asrama yang disediakan oleh kerajaan.

2.4        Murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK)

2.5        Murid miskin dan miskin tegar dalam kalangan isi rumah berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional yang berkuatkuasa berdasarkan ketetapan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (Pendapatan Isi Rumah RM930 sebulan dan perkapita RM230)

2.6        Semua Murid-murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.

2.7        Semua murid di sekolah rendah orang Asli yang TIDAK  tinggtal di asrama yang disediakan oleh kerajaan; dan

2.8        Semua murid Sekolah Jalinan Kasih (SBJK)

 

3.         Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah dimohon menyediakan data penerima layak PS1M 2018 diambil dari sistem APDM yang dikemaskini pada 30 Mac 2018.  Guru Besar hendaklah mengesahkan kutipan data dengan melengkapkan format di Lampiran 1-PS1m 2018 dan Lampiran-2 Bantuan dihantar dalam bentuk hard copy ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak (PPD) sebelum atau pada 6 April 2018.  Manakala Lampiran 2 pula perlu diemail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan pegawai meja PS1M iaitu Cik Nurulhuda bt Hussian di talian 019-5761858.

 

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png7.png4.png
Hari Ini0
Semalam874
Minggu Ini5987
Bulan Ini17687
Keseluruhan1474774

  • IP Anda : 3.85.245.126
Sabtu, 19 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  17 hari  STAM Bertulis  2 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  16 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  26 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  16 hari
 MUET (3)  14 hari  SPM (Ulangan) Selesai