depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI TUJUAN PENYEDIAAN DATA PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SECARA ATAS TALIAN BAGI MURID DARJAH 2 HINGGA 6 TAHUN 2019

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI TUJUAN PENYEDIAAN DATA PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SECARA ATAS TALIAN BAGI MURID DARJAH 2 HINGGA 6 TAHUN 2019

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Kepada Guru Besar.
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah  Hilir Perak

U/P:  Penolong Kanan HEM dan Guru Kanan HEM

Tuan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI TUJUAN PENYEDIAAN DATA PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SECARA ATAS TALIAN BAGI MURID DARJAH 2 HINGGA 6 TAHUN 2019

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dalam proses untuk menyediakan data bagi permohonan bantuan KWAPM 2019.
  2. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dimohon untuk mengemaskini maklumat data murid di dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) sebelum atau pada 28 September 2018 jam 12 tengahari. Data-data murid tersebut akan dimuatnaik ke dalam system APB-Modul KWAPM.  Pengemaskinian ini adalah penting bagi mengelakkan nama murid tercicir daripada daripada system APB. 
  3. Bagi tujuan tersebut, pihak sekolah hendaklah menyerahkan borang maklumat terkini kepada ibu/bapa/penjaga agar pihak sekolah mendapat data terkini untuk tujuan mengemaskini. Mana-mana murid yang layak tetapi tidak dikemaskini sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan murid tercicir menerima bantuan KWAPM tahun 2019.  Pihak sekolah adalah bertanggungjawab jika berlaku perkara di atas.
  4. Bersama-sama ini dilampirkan surat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan rujukan.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (surat sekolah (2).pdf)surat sekolah (2).pdf[ ]944 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png1.png2.png9.png
Hari Ini171
Semalam1077
Minggu Ini1248
Bulan Ini20042
Keseluruhan1477129

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai