depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENGURUSAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BAGI TAHUN 2019

PENGURUSAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BAGI TAHUN 2019

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak
(u.p: PK HEM / GK HEM / PT)

Tuan,

PENGURUSAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

  1. Perlaksanaan RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan tanpa gagal sesi 2019 bagi murid tahun 2 hingga 6. Senarai nama penerima yang layak dan telah diverifikasikan oleh JPN disertakan dibersama di bawah untuk tindakan pihak tuan.  Pastikan murid ini telah diberi surat kebenaran menerima RMT dan pihak sekolah telah mengumpul semula dan menyimpan dalam fail dengan rapi.

 

  1. Pada tahun 2019 perlaksanaan RMT adalah digalakkan pada waktu pagi. Sekolah dikehendaki berusaha untuk melaksanakan arahan ini secara beransur-ansur. Pastikan semua dokumen untuk RMT siap tersedia pada hari pertama persekolahan bermula seperti:

                                   

            3.1 Senarai nama penerima difailkan dan di papan kenyataan RMT 2019

            3.2 Menu yang telah diputuskan dalam mesyuarat pertama dipaparkan di papan

                 kenyataan RMT dan difailkan.

            3.3 Senarai guru bertugas dipaparkan di papan kenyataan dan difailkan.

            3.4 Borang kehadiran siap untuk ditanda.

            3.5 Borang timbang berat dan ukur tinggi siap untuk digunakan pada minggu

                 pertama sesi 2019.

            3.6 Pastikan pesanan RMT hari pertama sekolah dibuat pada 31 Disember 2018.

            3.7 Pastikan pihak sekolah telah mengeluarkan surat lantikan kepada JK bantuan                   

                2019.

            3.8 Pastikan surat tawaran kepada pembekal telah diserahkan dan mendapat

                 balasan.  Sila pastikan difail dengan kemas.

 

  1. Pengurusan permohonan RMT tahun 1 dan cicir juga perlu dibuat dengan segera. Pastikan mesyuarat dijalankan bersama Guru Besar, maklumkan syarat penerima RMT sekali lagi dalam mesyuarat tersebut kerana mungkin  guru besar dan Jawatankuasa adalah guru baru.  Sila hantar Borang A3 (dalam bentuk kertas A4) ke meja penyelia HEM secara hardcopy dan soft copy (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sebelum atau pada 11 Januari 2019.  Tuan/puan juga perlu menghantar minit mesyuarat pertama dan kedua dalam bentuk hardcopy bersama perjanjian RMT sebelum 22 Febuari 2019.

 

           

           

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pelaksanaan RMT pada hari pertama Persekolahan (murid tahun 2-6) telah menjadi KPI bagi KPM pada tahun 2019 ini. Bagi tujuan tersebut diminta kerjasama tuan melalui PK HEM di sekolah untuk melaksanakan pemantauan kendiri dengan mengisi Instrumen Pemantauan Awal Tahun RMT “BPSH/SPKIA/RMT-05”.  Tuan perlu menyerahkan instrument yang telah lengkap kepada pegawai pemantau yang hadir ke sekolah tuan.

 

  1. Sebarang pertanyaan dan rujukan sila hubungi pegawai meja di PPD di talian 019-5761858 (Nurulhuda bt Hussian)

 

Kerjasama tuan dalam menjayakan program RMT ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png0.png1.png
Hari Ini801
Semalam1061
Minggu Ini5914
Bulan Ini17614
Keseluruhan1474701

  • IP Anda : 3.227.233.78
Jumaat, 18 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Berjalan  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  18 hari  STAM Bertulis  3 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  17 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  27 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  17 hari
 MUET (3)  15 hari  SPM (Ulangan) Selesai