depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENGGUNAAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SECARA BERSEPADU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

PENGGUNAAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SECARA BERSEPADU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Pengetua  dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Menengah dan  Rendah,

Daerah Hilir Perak

(u.p: PK HEM / GK HEM /PT)

Tuan,

PENGGUNAAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SECARA BERSEPADU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

            Dengan segala hormatnya saya merujuk surat dari Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM.800-4/3/2 Jld.4 (54) bertarikh 19 Disember 2018.

2.         Sehubungan dengan itu, dilampirkan bersama surat dari Bahagian Kewangan tersebut yang menerangkan tentang borang tersebut yang akan mula digunapakai bermula Januari 2019 untuk semua jenis bantuan di bawah pengurusan KPM.

3.         Bersama-sama ini dilampirkan perkara-perkara berikut:

            i.  Borang PB-1: Borang Permohonan Bantuan Persekolahan KPM Bagi Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan                 (SBK).  Borang ini membatalkan semua boring permohonan yang berbeza-beza sedia ada.

            ii. Borang PB-2: Borang Pengesahan Pendapatan.  Oleh itu, borang ini membatalkan borang pengesahan pendapatan yang sedia                   ada.  Hanya borang ini sahaja yang boleh digunakan untuk semua permohonan bantuan KPM jika tiada Salinan penyata gaji.

            iii. Borang PB-3: Borang Tambahan bagi permohonan BKP dan BS.

4.         Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan kepada penjaga tentang kepentingan mengisi borang ini  sekali setahun.  Borang ini akan digunakan ketika mesyuarat bantuan dan JKB akan memutuskan jenis bantuan yang seseorang murid itu layak.  Borang ini perlu difailkan dan disimpan dengan baik utuk pengurusan bantuan.

Bersama-sama ini disertakan surat dari KPM dan borang-borang.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png9.png5.png
Hari Ini137
Semalam1077
Minggu Ini1214
Bulan Ini20008
Keseluruhan1477095

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai