depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PERLAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) FASA 1 2019

PERLAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) FASA 1 2019

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Pengetua  dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Menengah dan  Rendah,

Daerah Hilir Perak

(u.p: PK HEM / GK HEM / PT)

Tuan,

PERLAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) FASA 1 2019

 Dengan segala hormatnya saya merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM.800-4/1/5 Jld.13 (39) bertarikh 26 Disember  2018.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2019.  Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/ penjaga murid.

3.         Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2019 pelaksanaan BAP akan diteruskan berdasarkan Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2019. Bagi Sekolah Kerajaan (SK) Dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), KPM.800-4/1/5 Jld 13(39) bertarikh  26 Disember 2018 dan dirujuk bersama Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2019 Kepada Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

4.         Pihak sekolah dikehendaki membuat bayaran kepada ibubapa/ penjaga 14 hari selepas bayaran dimasukkan ke akaun sekolah bermula 4 Januari 2019.  Sekiranya peruntukan sekolah tidak mencukupi, tuan perlu membuat permohonan tambahan selewat-lewatnya 25 Februari 2019 dengan menggunakan borang seperti di ( Lampiran B2) Lampiran yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPD untuk perhatian Cik Nurulhuda bt Hussian secara hardcopy sahaja.  Tuan juga dikehendaki menghantar senarai akuan penerimaan atau penolakan (Borang D) selewat-lewatnya 28 Februari 2019.  Sebarang kemuskilan hendaklah berhubung terus di nombor telefon 019-5761858.

5.         Pihak sekolah wajib memastikan hanya murid yang memenuhi kriteria sahaja di menerima BAP ini.  Antara kriteria nya ialah:

            a. Murid Warganegara Malaysia.

            b. Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 sahaja atau setaraf dengannya bagi sesi

              persekolahan tahun semasa.

            c. Pendapatan kasar isi keluarga RM3000.

               - Penjaga wajib menyerahkan slip gaji bagi yang ada majikan.

               - Bagi yang bekerja sendiri hendaklah menyerahkan borang pengesahan gaji   

                (Borang PB-2)  yang telah disahkan (Sila rujuk Garis Panduan Awal

                Persekolahan).  Sekolah berhak menanguhkan agihan jika perkara ini tidak

                dapat dipenuhi   oleh  ibubapa / penjaga.

            d. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

7.         Sekolah mestilah mematuhi Tatacara Pengeluaran Wang Tunai.  Sila rujuk  Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan.

8.         Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai RM100.00 sepenuhnya.  Sebarang pemotongan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

9.         Langkah pertama sekolah hendaklah mengenal pasti murid yang layak berpandukan APDM atau maklumat yang boleh dipercayai, serahkan borang permohonan PB-1, kemudian bermesyuarat seterusnya membuat serahan wang. Jika penjaga tidak memberikan kerjasama menyediakan dokumen yang lengkap sila tangguhkan bayaran.  Jika pendapatan yang diperakui meragukan,  sekolah berhak menolak murid dari menerima bantuan, putuskan dalam mesyuarat dan minitkan dengan kemas bersama eviden.

Sekian, Terima kasih

 

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png2.png8.png
Hari Ini828
Semalam1061
Minggu Ini5941
Bulan Ini17641
Keseluruhan1474728

  • IP Anda : 3.227.233.78
Jumaat, 18 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Berjalan  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  18 hari  STAM Bertulis  3 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  17 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  27 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  17 hari
 MUET (3)  15 hari  SPM (Ulangan) Selesai