depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PERMOHONAN DATA MURID LAYAK RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 1 DAN CICIR TAHUN 2019

PERMOHONAN DATA MURID LAYAK RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 1 DAN CICIR TAHUN 2019

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Guru Besar

Sekolah-Sekolah Rendah

Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk

(u.p: PK /GK HEM )

 

Tuan,

PERMOHONAN DATA MURID LAYAK RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 1 DAN CICIR  TAHUN 2019

Untuk makluman semua pengurusan sekolah, PPD dan JPN dalam proses untuk menyediakan data bagi permohonan RMT Tahun 1 dan Cicir  bagi tahun 2019.

2.         Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengenalpasti dan mengedar borang permohonan RMT kepada murid warganegara yang layak berdasarkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang telah dikemaskini bagi pemilihan murid yang layak RMT tahun 1 dan tercicir bagi tahun 2019.  Pemilihan murid berdasarkan pendapatan isi rumah ibu bapa / penjaga di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional tahun 2014 kategori miskin tegar RM580.00 dan perkapita RM140.00.  Penilaian dan pemilihan oleh Jawatankuasa Bantuan Murid (RMT) mesti dibuat untuk memilih murid yang layak menerima RMT.  Seterusnya murid yang layak RMT mestilah diberikan surat setuju terima.

3.         Data yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dengan menggunakan Borang A3 (bukan saiz A3) dalam bentuk soft copy dan hard copy pada atau sebelum 11 Januari 2019.  Data soft copy hendaklah diemail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png1.png0.png0.png
Hari Ini142
Semalam1077
Minggu Ini1219
Bulan Ini20013
Keseluruhan1477100

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai