depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PERLAKSANAAN PERMOHONAN KWAPM SECARA ATAS TALIAN TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 1 MELALUI SISTEM APB MODUL KWAPM 2019

PERLAKSANAAN PERMOHONAN KWAPM SECARA ATAS TALIAN TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 1 MELALUI SISTEM APB MODUL KWAPM 2019

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.
UP: PK/GK HEM dan PT.

Tuan,

PERLAKSANAAN PERMOHONAN KWAPM SECARA ATAS TALIAN TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 1 MELALUI SISTEM APB MODUL KWAPM 2019

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2.            Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan KWAPM melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM untuk murid Tahun 1  hingga Tingkatan 1 bagi tahun 2019 akan dibuka untuk pengesahan KWAPM di peringkat Sekolah bermula 1 Mac hingga 15 Mac 2019 melalui sesawang http://sps1.moe.my.

3.            Sekolah hendaklah memastikan guru KWAPM/Biasiswa telah dilantik dengan menanda di dalam sistem e-operasi. Pastikan mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah dibuat agar pemilihan berjalan dengan lancar.  Sila simpan minit mesyuarat dengan kemas. 

4.            Untuk makluman tuan, pada tahun 2019 ini had kelayakan pendapatan isi rumah bagi permohonan KWAPM adalah mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2016 iaitu berpendapatan RM960 dan berkapita RM244.  Data yang digunakan adalah dari APDM bertarikh akhir 31 Januari 2019.  Kemaskini selepas tarikh tersebut tidak akan ditarik masuk ke dalam sistem APB.

5.            Sebarang masalah sila berhubung dengan Penyelia HEM di talian 019-5761858.

 

Attachments:
*Surat KWAPM sekolah
*Surat perlaksanaan KPM
*Surat Borang PB
*SPK Bil1

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png8.png1.png
Hari Ini123
Semalam1077
Minggu Ini1200
Bulan Ini19994
Keseluruhan1477081

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai