depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK (SENIOR) PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK (SENIOR) PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Pengarah,

Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan

 

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.

 

Tuan,

 

PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK (SENIOR) PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

 

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat negeri Perak akan diadakan pada 27 hingga 29 September 2019 di Daerah Perak Tengah. Pasukan Daerah Hilir Perak perlu menyediakan pasukan yang kuat dan mantap untuk mencipta kejayaan seiring dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke arah PPD Hilir Perak Sentiasa Cemerlang.

 

  1. Sehubungan dengan itu, pemilihan pasukan Bola Sepak (Senior) PSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh              :           17 April 2019 (Rabu)

Masa               :           4.30 petang

Tempat            :           SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan

 

  1. Pegawai sekolah tuan yang berminat dijemput hadir untuk menyertai pemilihan tersebut dan akan mewakili pasukan PSKPP Daerah Hilir Perak ke Pesta PSKPP peringkat negeri sekiranya terpilih. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru/kakitangan sokongan untuk menyertai pemilihan tersebut selaras dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk mencipta kecemerlangan dalam kejohanan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hamizi b. Abdullah, PTPS Bola Sepak (Senior) PSKPP Daerah Hilir Perak di talian 019 - 460 3348 atau En. Zulkifle b. Tuan Ismail, Penyelia Sukan PPD Hilir Perak di talian 012 – 417 0407.

 

Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

 

Sekian, Terima kasih.

Attachments:
Download this file (PEMILIHAN PASUKAN BOLASEPAK.pdf)PEMILIHAN PASUKAN BOLASEPAK.pdf[ ]88 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png9.png8.png
Hari Ini140
Semalam1077
Minggu Ini1217
Bulan Ini20011
Keseluruhan1477098

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai