depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENYEMAKAN DAN PERATURAN PEMBAYARAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI (BKA) 2018

PENYEMAKAN DAN PERATURAN PEMBAYARAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI (BKA) 2018

Ditulis oleh UNIT KEWANGAN on . Posted in UNIT KEWANGAN

Pengetua / Guru Besar

SMK / SK / SJKC / SJKT (sekolah bukan PTJ)
Daerah Hilir Perak / Bagan Datuk

 

Tuan,

 

PENYEMAKAN DAN PERATURAN PEMBAYARAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI (BKA) 2018

 

Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat edaran dari Jabatan Akauntan Negeri Perak rujukan ANM.PK.G/600-1/1/2(71) bertarikh 17 Mei 2018 , Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 bertajuk Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2017 1bertarikh 21 adalah berkaitan dirujuk untuk tindakan tuan.

 

  1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pembayaran BKA 2018 berjumlah RM500.00 akan dibayar pada 07 Jun 2018 (Khamis). Bersama-sama ini disertakan Laporan Penerima BKA 2018 bagi sekolah-sekolah di bawah PTJ PPD Hilir Perak. Laporan BKA berdasarkan payroll Bulan Mei 2018.

 

  1. Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :-

 

3.1          Mohon pihak tuan mencetak laporan bagi Pusat Bayaran tuan dan menyemak laporan tersebut. JANM Perak telah mengeluarkan Laporan Penerima BKA 2018 sebagai menggantikan Borang Perubahan Gaji (SG20), oleh itu Penyata Perubahan (Kew 8) tidak perlu disertakan. Laporan yang dicetak tidak perlu dihantar ke Unit Kewangan PPD, hanya disimpan oleh pihak sekolah.

 

3.2          Tuan bertanggungjawab menyemak Laporan Penerima BKA 2018 berdasarkan kelayakan yang telah digariskan di dalam pekeliling di atas. Sila pastikan pegawai yang tidak layak dikeluarkan dari laporan tersebut. Mohon tuan mengisi Lampiran BKA (disertakan) bagi pegawai yang dikeluarkan dari laporan tersebut bersertakan dokumen sokongan (cth : notis bersara / kelulusan bersara, surat tindakan tatatertib / surat pertuduhan). Lampiran BKA hendaklah di hantar secara telegram kepada Pn Nurul Azlindawati Binti Baharum – 01925225768 tanpa gagal pada 21 Mei 2018 (Isnin) sebelum jam 2.00 ptg.

 

Terima kasih.

 

Attachments:
Download this file (PPD HILIR PERAK -.xlsx)PPD HILIR PERAK -.xlsx[ ]215 kB
Download this file (LAMPIRAN BKA.xlsx)LAMPIRAN BKA.xlsx[ ]12 kB
Download this file (SURAT BKA.pdf)SURAT BKA.pdf[ ]1193 kB
Download this file (pp072017.pdf)pp072017.pdf[ ]136 kB
Download this file (faq_pp072017.pdf)faq_pp072017.pdf[ ]47 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png1.png1.png8.png
Hari Ini160
Semalam1077
Minggu Ini1237
Bulan Ini20031
Keseluruhan1477118

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai