depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENGHANTARAN PERUBAHAN GAJI SG20 BULAN DISEMBER 2018

PENGHANTARAN PERUBAHAN GAJI SG20 BULAN DISEMBER 2018

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT KEWANGAN

Pengetua / Guru Besar
SMK / SK / SJKC / SJKT (sekolah bukan PTJ)
Daerah Hilir Perak / Bagan Datuk

 

Tuan,

 

PENGHANTARAN PERUBAHAN GAJI SG20 BULAN DISEMBER 2018

 

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

 

  1. Dimaklumkan untuk SG20 Bulan Disember 2018semua sekolah yang mempunyai perubahan gaji hendaklah terus menghantar ke Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak (PPD) bagi sekolah Daerah Hilir Perakdan Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk (PPD) bagi sekolah Daerah Bagan Datukpada atau sebelum09 November 2018 (Jumaat) tanpa gagal.SG20 yang diterima selepas tarikh tersebut akan dipulangkan semula ke sekolah.

 

  1. Pihak tuan diingatkan mengeluarkan (T49) pegawai yang bersara wajib atau bersara pilihan pada bulan persaraan pegawai. Adalah menjadi tanggungjawab tuan bagi memastikan pegawai yang bersara tiada lebihan bayaran / terus dibayar gaji walaupun telah bersara. Mohon sediakan Laporan Perubahan (Kew 8) persaraan sebelum menyediakan SG20 T49.

 

  1. SG20 Disember adalah SG20 terakhir bagi tahun 2018. Adalah menjadi tanggungjawab tuan menyemak semua kelulusan Laporan Perubahan (Kew 8) yang telah diluluskan pada tahun ini telah dibuat bayaran (kelulusan kew 8 sehingga tarikh surat ini dikeluarkan). Sila semak semua SG20 yang telah dibuat perubahan sepanjang tahun ini telah diambil tindakan dan dibuat bayaran oleh Unit Gaji PPD Hilir Perak. Tuan boleh menyemak Laporan Payroll Masterlisting (PML)atau salinan slip gaji setiap pegawai. Sila pastikan tidak akan ada tuntutan tahun 2018 dibayar melalui AP58(a) pada tahun 2019. Sebarang masalah / pertanyaan mohon rujuk Unit Kewangan PPD Hilir Perak – Pn Nurul Azlindawati Binti Baharum – 0195225768.

 

  1. Pihak tuan hendaklah memastikan semua dokumen yang berkaitan lengkap semasa penghantaran bagi mengelakkan Borang SG20 dikuiri. Perlu diingat, penyusunan Borang SG20 mesti mengikut susunan no gaji seperti di dalam Payroll Masterlisting (PML) yang boleh dijana di e-penyataGaji (Laporan Gaji) dilaman web www.anm.gov.my.

 

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png8.png9.png
Hari Ini131
Semalam1077
Minggu Ini1208
Bulan Ini20002
Keseluruhan1477089

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai