depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - TARIKH PEMBAYARAN GAJI DAN JADUAL PENGHANTARAN PERUBAHAN GAJI SG20 BAGI TAHUN 2019

TARIKH PEMBAYARAN GAJI DAN JADUAL PENGHANTARAN PERUBAHAN GAJI SG20 BAGI TAHUN 2019

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT KEWANGAN

Pengetua / Guru Besar
SMK / SK / SJKC / SJKT (sekolah bukan PTJ)
Daerah Hilir Perak / Bagan Datuk

 

Tuan,

 

TARIKH PEMBAYARAN GAJI DAN JADUAL PENGHANTARAN PERUBAHAN GAJI SG20 BAGI TAHUN 2019

 

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

 

  1. Dimaklumkan bersama-sama ini disertakan surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019 untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Mohon panjangkan surat pekeliling ini kepada guru dan staf dibawah seliaan tuan/puan.

 

  1. Bersama-sama ini disertakan Jadual 1 Penghantaran SG20 bagi tahun 2019. Sila patuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dalam jadual bagi memastikan kelancaran proses gaji. Borang Perubahan SG20 bulanan hendaklah terus dihantar ke Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak (PPD) bagi sekolah Daerah Hilir Perak dan Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk (PPD) bagi sekolah Daerah Bagan Datuk seperti di jadual 1. SG20 yang diterima selepas tarikh tersebut akan dipulangkan semula ke sekolah dan sediakan pada bulan berikutnya.

 

  1. Pihak tuan diingatkan mengeluarkan (T49) pegawai yang bersara wajib atau bersara pilihan pada bulan persaraan pegawai. Adalah menjadi tanggungjawab tuan bagi memastikan pegawai yang bersara tiada lebihan bayaran / terus dibayar gaji walaupun telah bersara. Mohon sediakan Laporan Perubahan (Kew 8) persaraan sebelum menyediakan SG20 T49.

 

  1. Pihak tuan hendaklah memastikan semua dokumen yang berkaitan lengkap semasa penghantaran bagi mengelakkan Borang SG20 dikuiri. Sila pastikan gunakan Borang Perubahan Gaji Kew320 (SG20) pindaan 1/2016. Perlu diingat, penyusunan Borang SG20 mesti mengikut susunan no gaji seperti di dalam Payroll Masterlisting (PML) yang boleh dijana di e-penyataGaji (Laporan Gaji) dilaman web www.anm.gov.my.

 

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png3.png0.png
Hari Ini72
Semalam1077
Minggu Ini1149
Bulan Ini19943
Keseluruhan1477030

  • IP Anda : 18.207.134.98
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai