depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PEMBETULAN CARA-CARA PENGISIAN BORANG KEW 320 – PIN.1/2016, BORANG PERUBAHAN GAJI SG20

PEMBETULAN CARA-CARA PENGISIAN BORANG KEW 320 – PIN.1/2016, BORANG PERUBAHAN GAJI SG20

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT KEWANGAN

Pengetua / Guru Besar
SMK / SK / SJKC / SJKT (sekolah bukan PTJ)
Daerah Hilir Perak

Tuan,

PEMBETULAN CARA-CARA PENGISIAN BORANG KEW 320 – PIN.1/2016, BORANG PERUBAHAN GAJI SG20

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2. Dimaklumkan pihak Jabatan Akauntan Negara Negeri Perak (JANM) telah membuat Naziran SG20 mulai April 2019 di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Negeri Perak. Dapatan dari Naziran SG20 mendapati kebanyakan PTJ mengisi amaun gaji pokok di medan 36, 37, 38 dan 39. Untuk makluman, medan tersebut hanya mengisi Elaun dan tunggakan Elaun sahaja. Untuk Gaji Pokok hendaklah diisi di muka surat Lampiran A, medan 72, 73, 74, 75, 76 dan 78 wajib diisi setiap kali membuat perubahan.

3. Kuatkuasa serta merta, semua perubahan gaji SG20 melibatkan perubahan Gaji Pokok hendaklah diisi ruangan yang betul. Oleh itu, semua sekolah hendaklah membuat pembetulan SG20 Mei 2019 yang telah dihantar ke PPD. Tindakan yang perlu semua Pembantu Tadbir (SK/ SJKC / SJKT) buat adalah :-

1) Sediakan SG20 muka surat Lampiran A, isi lengkap ruangan Gaji pokok.
(isi lengkap medan 72, 73, 74, 75, 76 dan 78.
2) Penyusunan Borang SG20 (hanya muka surat Lampiran A sahaja) mesti mengikut susunan no gaji seperti di dalam Payroll Masterlisting (PML) yang boleh dijana di e-penyataGaji (Laporan Gaji) dilaman web www.anm.gov.my.
3) Isi Lampiran B (disertakan) berserta muka surat Lampiran A Borang SG20.
4) Hantar terus ke Unit Kewangan sebelum atau pada 16 April 2019 (Selasa) tanpa gagal.

4. Bagi Sekolah Menengah (SMK), mohon pembantu tadbir yang menguruskan gaji hadir ke Kiosk Unit Kewangan PPD berserta Lampiran A untuk digabungkan dengan SG20 yang telah dihantar sebelum ini seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 18 April 2019 (Khamis)
Masa : 11.00pg – 1.00ptg
Tempat : Kiosk Unit Kewangan, PPD Hilir Perak

sekian, terima kasih

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png6.png7.png
Hari Ini867
Semalam1061
Minggu Ini5980
Bulan Ini17680
Keseluruhan1474767

  • IP Anda : 3.85.245.126
Jumaat, 18 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Berjalan  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  18 hari  STAM Bertulis  3 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  17 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  27 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  17 hari
 MUET (3)  15 hari  SPM (Ulangan) Selesai