depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PAYROLL MASTER LISTING TAHUN 2018/2019 UNTUK NAZIRAN BERFOKUS – MODUL GAJI

PAYROLL MASTER LISTING TAHUN 2018/2019 UNTUK NAZIRAN BERFOKUS – MODUL GAJI

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT KEWANGAN


Pengetua / Guru Besar 
SMK / SK / SJKC / SJKT
Daerah Hilir Perak 

Tuan, 

PAYROLL MASTER LISTING TAHUN 2018/2019 UNTUK NAZIRAN BERFOKUS – MODUL GAJI 
PTJ : PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK - 41571001
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 
 
2.  Selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138, satu Program Naziran akan dijalankan ke atas Pusat Pembayar Gaji yang telah melaksanakan proses pembayaran gaji mulai Januari 2018. Program Naziran ini bertujuan memastikan Pusat Pembayar Gaji mematuhi semua peraturan kewangan dan perakaunan semasa yang berkuatkuasa.
 
3.  Sehubungan dengan itu, satu (1) Pasukan Naziran dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak akan menjalankan Naziran Gaji di PPD Hilir Perak pada 22 hingga 24 Julai 2019. Senarai dokumen yang diperlukan untuk tujuan Naziran adalah seperti di Lampiran A.

4.  Semua sekolah diwajibkan mengemukakan Payroll Master Listing seperti di Lampiran B. Adalah menjadi tanggungjawab Pusat Pembayar memastikan dokumen kewangan termasuk dokumen emolumen secara hardcopy dan softcopy disimpan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan 150 bagi tujuan naziran dan pengauditan. Jika Pusat Pembayar tidak dapat mengemukan Payroll Master Listing, sila kemukan surat tunjuk sebab (hanya untuk tahun 2018 sahaja) yang ditandatangi oleh Pengurus Sekolah. Alasan terlepas pandang dan tiada peranan egaji tidak boleh diterima pakai. Untuk pengauditan tahun seterusnya, Pusat Pembayar bertanggungjawab mengemukan Payroll Master listing setiap bulan yang diaudit.

5.  Sila kemukakan Payroll Master Listing ke Unit Kewangan pada atau sebelum 12 Julai 2019 (Jumaat) tanpa gagal. 

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png8.png8.png
Hari Ini130
Semalam1077
Minggu Ini1207
Bulan Ini20001
Keseluruhan1477088

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai