depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019 (PENYELIA ASRAMA)

TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019 (PENYELIA ASRAMA)

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT KEWANGAN

Pengetua / Guru Besar
SMK / SK (sekolah asrama)
Seperti Dilampiran

Tuan,

TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Jurulatih Utama (JU) akan mengadakan penyemakan dokumen eSPKWS Tahun 2019 kepada Penyelia Asrama yang menguruskan sepenuhnya kewangan asrama.

3. Bagi memastikan sekolah-sekolah di bawah seliaan Daerah Hilir Perak terus mencapai prestasi cemerlang dalam pengurusan akaun asrama dan Ke Arah Sifir Audit Berteguran, penyemakan akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :-

Tarikh : 12 September 2019 ( Khamis )
Tempat : Bilik Kiosk Kewangan, PPD Hilir Perak
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

4. Tuan dipohon menyediakan semua dokumen kewangan bagi tahun 2019 seperti di Lampiran 1 dengan lengkap. Bagi melicinkan kerja-kerja penyemakan, tuan diminta supaya mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya untuk mengemaskini dokumen-dokumen seperti di Lampiran 1.

5. Untuk makluman tuan, penyemakan ini adalah bertujuan untuk memastikan dokumen-dokumen lengkap sebelum berakhir tahun 2019 serta mengikut tatacara kewangan dari masa ke semasa. Tuan juga boleh mengambil tindakan segera berhubung dengan teguran-teguran yang dibangkitkan semasa penyemakan akaun sekolah tuan. Kehadiran diwajibkan tanpa gagal.

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan terima kasih.

Sekian.