depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019 ( PT SK)

TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019 ( PT SK)

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT KEWANGAN

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (SK)
Seperti Dilampiran

Tuan,

TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Jurulatih Utama (JU) akan mengadakan taklimat kewangan dan penyemakan dokumen eSPKWS Tahun 2019 kepada Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir yang menguruskan sepenuhnya kewangan sekolah.

3. Bagi memastikan sekolah-sekolah di bawah seliaan Daerah Hilir Perak terus mencapai prestasi cemerlang dalam pengurusan akaun sekolah dan Ke Arah Sifir Audit Berteguran, penyemakan akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :-

Tarikh : 18 September 2019 ( Khamis )
Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
(Jadual seperti dilampiran)

4. Tuan dipohon menyediakan semua dokumen kewangan bagi tahun 2019 seperti di Lampiran 1 dengan lengkap. Bagi melicinkan kerja-kerja penyemakan, tuan diminta supaya mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya untuk mengemaskini dokumen-dokumen seperti di Lampiran 1.

5. Untuk makluman tuan, penyemakan ini adalah bertujuan untuk memastikan dokumen-dokumen lengkap sebelum berakhir tahun 2019 serta mengikut tatacara kewangan dari masa ke semasa. Tuan juga boleh mengambil tindakan segera berhubung dengan teguran-teguran yang dibangkitkan semasa penyemakan akaun sekolah tuan. Kehadiran diwajibkan tanpa gagal.

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

Attachments:
Download this file (taklimat kewangan eSPKWS pt SK.PDF)taklimat kewangan eSPKWS pt SK.PDF[ ]132 kB