TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019 (PT SMK SJKC SJKT)
Pengetua dan Guru Besar
SMK / SJKC / SJKT
Seperti Dilampiran
Tuan,
TAKLIMAT KEWANGAN DAN PENYEMAKAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI TAHUN 2019
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Jurulatih Utama (JU) akan mengadakan taklimat kewangan dan penyemakan dokumen eSPKWS Tahun 2019 kepada Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir yang menguruskan sepenuhnya kewangan sekolah.
3. Bagi memastikan sekolah-sekolah di bawah seliaan Daerah Hilir Perak terus mencapai prestasi cemerlang dalam pengurusan akaun sekolah dan Ke Arah Sifir Audit Berteguran, penyemakan akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :-
Tarikh : 19 September 2019 ( Khamis )
Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
(Jadual seperti dilampiran)
4. Tuan dipohon menyediakan semua dokumen kewangan bagi tahun 2019 seperti di Lampiran 1 dengan lengkap. Bagi melicinkan kerja-kerja penyemakan, tuan diminta supaya mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya untuk mengemaskini dokumen-dokumen seperti di Lampiran 1.
5. Untuk makluman tuan, penyemakan ini adalah bertujuan untuk memastikan dokumen-dokumen lengkap sebelum berakhir tahun 2019 serta mengikut tatacara kewangan dari masa ke semasa. Tuan juga boleh mengambil tindakan segera berhubung dengan teguran-teguran yang dibangkitkan semasa penyemakan akaun sekolah tuan. Kehadiran diwajibkan tanpa gagal.
Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan terima kasih.
Sekian.