depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PELUPUSAN PERALATAN ICT SEKOLAH

PELUPUSAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT) on . Posted in INISIATIF ICT

PENGENALAN

Definasi

  • Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

 

Justifikasi

  • Rosak dan tidak boleh digunakan
  • Tidak ekonomik diselenggara
  • Melebihi lima (5) tahun (usang/ obselete)

PUNCA KUASA

  • Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

KUASA MELULUS

Perbendaharaan

  • Nilai perolehan asal satu aset melebihi RM50,000 atau jumlah keseluruhannya melebihi RM500,000;

Kementerian/ Jabatan

  • Nilai perolehan asal satu aset tidak melebihi RM50,000 atau jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000; dan
  • Pindahan aset di antara Jabatan Persekutuan bagi nilai perolehan asal tidak melebihi RM50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000.

URUS SETIA PELUPUSAN

  • Bahagian/ Unit Pengurusan dan Perolehan Aset di Kementerian/ Jabatan adalah bertanggungjawab sebagai Urus Setia Pelupusan.

PROSEDUR PELUPUSAN

Carta Aliran

  • Kenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan semak kad pendaftaran
  • Sediakan butiran dokumen KEW.PA-16
  • Jadualkan lawatan pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa (KEW.PA-17)
  • Hantar dokumen yang telah lengkap kepada urusetia pelupusan
  • Laksanakan pelupusan dan sedia Sijil Pelupusan (KEW.PA-19)
  • Kemaskini kad pendaftaran untuk rekodkan butiran pelupusan
  • Rujuk maklumat carta aliran pada JADUAL 3 untuk butiran terperinci

 

Proses Kerja

  • Rujuk proses kerja pada JADUAL 4

 

Senarai Semak

  • Gunakan senarai semak untuk pastikan semua proses kerja dipatuhi dan dokumen pelupusan dilengkapkan.
  • Rujuk senarai semak seperti pada LAMPIRAN A


MUAT TURUN LAMPIRAN DI BAWAH [attachment]

  • Senarai Semak Pelupusan Peralatan ICT (LAMPIRAN A)
  • Carta Aliran (JADUAL 3)
  • Proses Kerja (JADUAL 4)
  • Borang Perakuan Pelupusan (KEW.PA-16)
  • Borang Laporan Lembaga Pemeriksa (KEW.PA-17)
  • Sijil Penyaksian Pemusnahan (KEW.PA-18)
  • Sijil Pelupusan (KEW.PA-19)

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai bertanggungjawab :

    Puan Siti Balkis Binti Abdul Hamid
    Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
    Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
    Telefon : 05-501 5202

E-mel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Muhammad Fadzli Bin Mat Zain
Penolong PPD ICT
PPD Hilir Perak
Tel : 05-6221970 ext : 165

E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Attachments:
Download this file (Dokumen Pelupusan ICT.rar)Dokumen Pelupusan ICT.rar[ ]1040 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png9.png7.png6.png4.png2.png
Hari Ini1077
Semalam1254
Minggu Ini3445
Bulan Ini12109
Keseluruhan1497642

  • IP Anda : 3.231.226.211
Rabu, 13 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  1 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai