depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PROGRAM DEKLARASI IJTIMA' PENEGASAN KEDAULATAN ISLAM (DIPKI PERAK 2018)

PROGRAM DEKLARASI IJTIMA' PENEGASAN KEDAULATAN ISLAM (DIPKI PERAK 2018)

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Pengarah Kolej Vokasional Teluk Intan,
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Hilir Perak.

(SENARAI SEPERTI DI LAMPIRAN)

Tuan,

PROGRAM DEKLARASI IJTIMA' PENEGASAN KEDAULATAN ISLAM (DIPKI PERAK 2018)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak ; J.Pend.Pk.(AM)5114/6 Jld.49 (19) bertarikh 30 April 2018 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa Program Deklarasi Ijtima' Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI Perak 2018) akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 7 Mei 2018 (Isnin)
Masa       : 11.30 pagi (bas bergerak)
Tempat    : Dewan Tuanku Canselor,
                 Universiti Pendidikan Sultan Idris,
                 Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Tanjong Malim
Pakaian    : Pakaian Kerja

3. Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan dimohon agar membenarkan Guru-Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang beragama Islam menghadirkan diri ke program tersebut mengikut bilangan seperti lampiran. Pengangkutan bas adalah disediakan dan tiada sebarang tuntutan perjalanan boleh dibuat jika menggunakan kenderaan sendiri.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Norhaffiz bin Noor Aini di talian 013-6260745 atau 05-6221970 sambungan 153.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png5.png9.png4.png1.png
Hari Ini60
Semalam651
Minggu Ini60
Bulan Ini18854
Keseluruhan1475941

  • IP Anda : 3.228.24.192
Isnin, 21 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  15 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  14 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  24 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  14 hari
 MUET (3)  12 hari  SPM (Ulangan) Selesai