depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PELAKSANAAN INTERVENSI BAGI MENINGKATKAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH (PIBK)

PELAKSANAAN INTERVENSI BAGI MENINGKATKAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH (PIBK)

Ditulis oleh MOHD NORHAFFIZ BIN NOOR AINI on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak.


Tuan,

PELAKSANAAN INTERVENSI BAGI MENINGKATKAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH (PIBK)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian tuan.

2.    Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Inisiatif #62 : Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Ekosistem Sekolah (PIBK) menjadi salah satu agenda penting untuk mentransformasi sistem pendidikan negara. 

3.    Sehubungan itu, pelaksanaan intervensi bagi meningkatkan kesedaran dan kesediaan ibu bapa untuk hadir dan melibatkan diri dalam program-program utama perlu dibuat diperingkat sekolah. Bersama surat ini disertakan templat untuk dilengkapkan oleh pihak tuan dan perlu dihantar satu salinan ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak sebelum atau pada 10 September 2018.

4.    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Norhaffiz bin Noor Aini, Penolong PPD Perhubungan di talian 013-6260745 atau 05-6221970 sambungan 160. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.
 

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png7.png2.png
Hari Ini872
Semalam1061
Minggu Ini5985
Bulan Ini17685
Keseluruhan1474772

  • IP Anda : 3.85.245.126
Jumaat, 18 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Berjalan  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  18 hari  STAM Bertulis  3 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  17 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  27 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  17 hari
 MUET (3)  15 hari  SPM (Ulangan) Selesai