depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - Pertandingan Guru Inovatif JPN Perak 2018

Pertandingan Guru Inovatif JPN Perak 2018

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.

Tuan,

PERTANDINGAN GURU INOVATIF JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK TAHUN 2018

 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa, Sektor Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Pertandingan Guru Inovatif Tahun 2018.

3.     Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada guru yang menghasilkan idea kreatif dan inovatif yang menarik dan berkesan dalam PdP bagi meningkatkan prestasi murid serta profesionalisme keguruan.

4.     Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk mewar-warkan perkara ini kepada pentadbiran tuan. Setiap penyertaan mestilah memenuhi syarat pertandingan mengikut kategori berikut     :

  1. Kategori Individu Prasekolah
  2. Kategori Individu Sekolah Rendah
  3. Kategori Individu Sekolah Menengah
  4. Kategori Kumpulan
  5. Kategori SISC+
  6. Kategori Akar Umbi

5.     Selain itu, borang pertandingan dan syarat-syarat boleh dimuat turun di portal jpnperak.moe.gov.my http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=6635&lang=ms Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada Pegawai Meja Inovasi PPD, Megat Zawahir Akmal sebelum atau pada 15 Ogos 2018. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi En. Razhari bin Ishak di talian 05 241 4000/ 012-372 2399 atau Pn. Tan Phik Hui di talian 05-241 4000/ 010-886 3520.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

 

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png3.png0.png
Hari Ini72
Semalam1077
Minggu Ini1149
Bulan Ini19943
Keseluruhan1477030

  • IP Anda : 18.207.134.98
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai