depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 7 TAHUN 2018

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 7 TAHUN 2018

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Guru Besar SJK (C) dan SJK (T)
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 7 TAHUN 2018 KEMASUKAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SJK(C) DAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) SJK(T) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANPA
MELALUI KELAS PERALIHAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat KPM.100-1/7//2 Jld.5 (57) adalah dirujuk.
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah menerima Surat Siaran bertarikh 12 September 2018 (seperti di Lampiran) yang bertujuan memaklumkan pelaksanaan kemasukan murid dari SJK(C) dan SJK(T) ke Tingkatan Satu (1) tanpa melalui Kelas Peralihan bagi sesi persekolahan tahun 2019.  

3.  Untuk makluman, pelaksanaan kemasukan murid ke Kelas Peralihan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam surat siaran tersebut. Surat siaran ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

4.  Sehubungan itu, kerjasama tuan dimohon untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan
memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua kakitangan dan guru sekolah di bawah pentadbiran tuan.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png5.png9.png2.png7.png
Hari Ini46
Semalam651
Minggu Ini46
Bulan Ini18840
Keseluruhan1475927

  • IP Anda : 3.228.24.192
Isnin, 21 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  15 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  14 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  24 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  14 hari
 MUET (3)  12 hari  SPM (Ulangan) Selesai