depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENGEDARAN MINIT DAN MAKLUM BALAS MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK BIL.3 TAHUN 2018

PENGEDARAN MINIT DAN MAKLUM BALAS MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK BIL.3 TAHUN 2018

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Pengarah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Penyelaras Pusat Kegiatan Guru
Daerah Hilir Perak

Tuan,

PENGEDARAN MINIT DAN MAKLUM BALAS MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK BIL.3 TAHUN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan, mesyuarat tersebut di atas telah dilaksanakan pada 26 November 2018 ( Isnin ) bertempat di Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak.      

3.        Sehubungan dengan itu, dipohon kepada semua sekolah dapat memuat turun minit dan maklum balas mesyuarat tersebut untuk tindakan seterusnya dari pihak sekolah.

4.         Mohon mengembalikan maklum balas mesyuarat sebelum atau pada 9 Januari 2019 (Rabu) melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Megat Zawahir Akmal bin Megat Abd Wahid, Penolong PPD Pengurusan Kualiti di talian 012-5183940 atau 05-6221970 sambungan 160.

Kerjasama daripada pihak tuan diucapkan terima kasih