depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENGUMPULAN PENYATA KEWANGAN PIBG SEKOLAH BAGI TUJUAN PENYALURAN BANTUAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

PENGUMPULAN PENYATA KEWANGAN PIBG SEKOLAH BAGI TUJUAN PENYALURAN BANTUAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Pengetua / Guru Besar
SMK / SK/ SJKC / SJKT
Yang Berkenaan
( Sila rujuk lampiran )

Tuan,

PENGUMPULAN PENYATA KEWANGAN PIBG SEKOLAH BAGI TUJUAN PENYALURAN BANTUAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
 
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dengan ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah menyediakan Peruntukan Murid Berkeperluan Khas bagi setiap Murid Berkeperluan Khas yang belajar di sekolah-sekolah kerjaan.

3.    Bagi memastikan peruntukan ini disalurkan dan dibelanjakan seperti aspirasi Kerajaan
Negeri Perak, kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon bagi mengemukakan salinan Penyata Kewangan PIBG Sekolah yang tercatat nombor akaun yang betul kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebelum atau pada 20 Mac 2019 melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

4.    Pihak tuan akan diberi makluman jika peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam akaun yang berkenaan. Tatacara penggunaan peruntukan juga akan disampaikan kepada pihak tuan bagi tujuan perbelanjaan yang sebenar. Untuk makluman awal, peruntukan ini tidak bermaksud bayaran terus kepada murid berkenaan tetapi perlu digunakan untuk kepentingan proses pembelajaran.

5.    Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

 

Attachments:
Download this file (Peruntukan MBK.pdf)Peruntukan MBK.pdf[ ]4006 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png0.png0.png
Hari Ini800
Semalam1061
Minggu Ini5913
Bulan Ini17613
Keseluruhan1474700

  • IP Anda : 3.227.233.78
Jumaat, 18 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Berjalan  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  18 hari  STAM Bertulis  3 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  17 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  27 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  17 hari
 MUET (3)  15 hari  SPM (Ulangan) Selesai