depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - SEMINAR MOTIVASI BERSAMA YANG BERBAHAGIA DATO’ DR. MOHD FADZILAH KAMSAH BERSEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2019

SEMINAR MOTIVASI BERSAMA YANG BERBAHAGIA DATO’ DR. MOHD FADZILAH KAMSAH BERSEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2019

Ditulis oleh MOHD NORHAFFIZ BIN NOOR AINI on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Pengarah Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan,                             
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak.


Tuan,

SEMINAR MOTIVASI BERSAMA YANG BERBAHAGIA DATO’ DR. MOHD FADZILAH KAMSAH BERSEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak ; JPNPk.SPS.UPP.600-11 Jld.8 (58) bertarikh 2 April 2019 adalah berkaitan..

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama McDonald’s Malaysia akan menganjurkan seminar motivasi tersebut seperti ketetapan berikut :

        Tarikh            : 8 April 2019 (Isnin)
        Masa            : 8.00 pagi
        Tempat         : Dewan Bandaran Teluk Intan, Jalan Speedy
        Pakaian        : Pakaian Kerja
                    
3.    Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan dimohon agar dapat membenarkan guru-guru di bawah pentadbiran tuan mengikut bilangan seperti di lampiran (sila muat turun surat di attachment) untuk menyertai seminar motivasi ini. Penyertaan guru hendaklah dari pelbagai kaum dan peringkat usia serta guru lelaki dan perempuan. 

4.    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Norhaffiz bin Noor Aini, Penolong PPD Perhubungan di talian 013-6260745 atau 05-6221970 sambungan 160. Kerjasama dan keprihatinan tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png1.png1.png5.png
Hari Ini157
Semalam1077
Minggu Ini1234
Bulan Ini20028
Keseluruhan1477115

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai