depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2O2O

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2O2O

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2O2O

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Siaran berhubung Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1 Ruj.KP(BS/PSR)850210310051J1d.22(10) bertarikh 5 Mac 2003 adalah masih berkuatkuasa.

3. Sehubungan dengan itu, Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun Satu di sekolah rendah KPM telah dibuka mulai 08 Julai 2019 sehingga 09 Ogos 2019. Mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada semua sekolah rendah di daerah tuan untuk menghebahkan perkara berkenaan kepada ibu bapa / penjaga kanak-kanak warganegara, yang lahir pada 02 Januari 2014 hingga 15 Januari 2014. Makluman berkaitan dengan perkara ini hendaklah dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dilihat dalam kawasan sekolah.

4. Permohonan ini adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan (Lampiran l). Borang permohonan (PMA 0l) boleh diperolehi di semua Pejabat Pendidikan Daerah dan Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Tarikh tutup penghantaran borang permohonan ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak adalah pada 09 Ogos 2019 (Jumaat). Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan di atas, sila hubungi Unit Sekolah Rendah di talian 05-501 5110.

5. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan kepada perkara berkaitan diucapkan ribuan

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Murid
Unit Sekolah Rendah, SPS

 

Attachments:
Download this file (SURAT SIARAN.pdf)SURAT SIARAN.pdf [ ] 906 kB

Statistik Pengunjung

1.png5.png1.png9.png4.png3.png2.png
Hari Ini407
Semalam563
Minggu Ini1629
Bulan Ini5942
Keseluruhan1519432

  • IP Anda : 3.234.214.113
Rabu, 11 Disember 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai