depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU KANAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2019

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU KANAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2019

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Tuan,

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU KANAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILiR PERAK 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Bengkel Peningkatan Profesional Guru-guru Kanan  Sekolah-Sekolah Menengah  Daerah Hilir Perak Tahun 2019  seperti ketetapan berikut:
            
                  Tarikh        :  21 Oktober  2019 ( Isnin )
                  Masa         :  11.00  pagi hingga 5.00 petang
                  Tempat      :  Dewan Alamanda PPD Hilir Perak

3.       Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon menghantar  semua Guru Kanan  bagi mengikuti bengkel tersebut.  Sukacita sekiranya Guru Kanan yang hadir dapat menggantikan kelas, sekiranya ada, pada hari berkenaan, sebelum hadir ke bengkel tersebut.

4.      Sebarang pertanyaan  berkaitan, sila berhubung dengan Dr Devan V.Rajaram di talian 012-4556886 atau  En Zainal Abidin b Tukiman di talian 013-4891862 .

Kerjasama dan keperihatinan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI MOHAMED SHAFIE BIN ABD KARIM, PPT.)
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Attachments:
Download this file (Surat Panggilan.pdf)Surat Panggilan.pdf[ ]312 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png9.png7.png5.png5.png6.png
Hari Ini991
Semalam1254
Minggu Ini3359
Bulan Ini12023
Keseluruhan1497556

  • IP Anda : 3.231.226.211
Rabu, 13 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  1 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai