depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - JEMPUTAN UNTUK FORUM WACANA INTELEK DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2020-2030 ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN

JEMPUTAN UNTUK FORUM WACANA INTELEK DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2020-2030 ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

 

 

Tuan,

 

JEMPUTAN UNTUK FORUM WACANA INTELEK DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2020-2030 ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

                                                                                                                                     

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan akan mengadakan satu Forum Wacana Intelek Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 untuk merungkai, mengulas dan menghayati intipati Dekad Membaca Kebangsaan yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan. Perkara ini disambut positif oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia justeru pihak PPD Hilir Perak berasa bertanggungjawab untuk menunaikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengadakan sebuah forum sebagai pencetus idea dan pemangkin transformasi minda ke arah membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid, guru sekolah dan masyarakat jelata.  

 

  1. Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke Forum Wacana Intelek Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 menurut ketetapan berikut:

 

                        

          3.1 Tarikh                             : 31 Oktober 2019 (Khamis)

          3.2 Tempat                           : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak

                                                         Jalan Maharaja Lela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

          3.3 Masa                               : 2.00 – 5.00 petang (Pendaftaran mulai 1.45 petang)

 

         

  1. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Dr. Devan V. Rajaram (Pegawai SIPartner+) di talian 0124556886.

 

 

Sekian,  terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png4.png9.png7.png6.png3.png9.png
Hari Ini1074
Semalam1254
Minggu Ini3442
Bulan Ini12106
Keseluruhan1497639

  • IP Anda : 3.231.226.211
Rabu, 13 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  1 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai