depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - STATUS PELAPORAN DATA SUKARELAWAN DI DALAM SISTEM eSARANA TAHUN 2019

STATUS PELAPORAN DATA SUKARELAWAN DI DALAM SISTEM eSARANA TAHUN 2019

Ditulis oleh PENYELIA ICT on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak.

Tuan,

STATUS PELAPORAN DATA SUKARELAWAN DI DALAM SISTEM eSARANA TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sebagai peneraju utama Inisiatif #62: Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dalam pendidikan (PIBKS) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan aktiviti Sukarelawan (KPI 50%) yang melibatkan ibu bapa wajib dilaksanakan di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.     Hasil semakan data sehingga 5 November 2019 di dalam sistem eSARANA PPD Hilir Perak mendapati 49 buah sekolah berjaya melepasi KPI 50% manakala 21 buah sekolah masih belum melepasi KPI 50% (senarai seperti lampiran).

4.    Sehubungan dengan itu, Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) adalah dipertanggungjawabkan untuk memastikan pengisian data berkenaan selesai di masukkan ke dalam sistem eSARANA sebelum atau pada 22 November 2019. Mohon juga kepada semua Pengetua dan Guru Besar untuk memasukkan KPI ini dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing berkuatkuasa 2019. 

5.    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Norhaffiz bin Noor Aini, Penolong PPD Perhubungan di talian 013-6260745 atau 05-6221970 sambungan 103. Kerjasama dan perhatian tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian dimaklumkan.

Statistik Pengunjung

1.png4.png9.png7.png5.png4.png1.png
Hari Ini976
Semalam1254
Minggu Ini3344
Bulan Ini12008
Keseluruhan1497541

  • IP Anda : 3.231.226.211
Rabu, 13 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  1 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai