depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PENGGUNAAN SLOGAN (TAGLINE) “SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN” DAN “MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020”

PENGGUNAAN SLOGAN (TAGLINE) “SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN” DAN “MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020”

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Pengarah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan

Semua Pengetua Sekolah Menengah

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Daerah Hilir Perak

Tuan,

PENGGUNAAN SLOGAN (TAGLINE) “SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN” DAN “MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, nombor rujukan PSUK.PK.(BK).100-2/1/7(56) bertarikh pada 24 Oktober 2019 adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pemakaian slogan “SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN” dan “MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020” telah dipilih sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pulau Pangkor ke arah Pulau Bebas Cukai bermula pada 01 Januari 2020.

3.         Sehubungan dengan itu, penggunaan kedua-dua slogan tersebut dalam semua surat rasmi seperti di Lampiran A adalah diwajibkan serta-merta. Walau bagaimanapun, penggunaan slogan “MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020” adalah sehingga berakhir bulan Januari 2020 sahaja. (Sila rujuk contoh surat seperti lampiran PPDHIP-Penggunaan Slogan Baharu Dalam Surat Rasmi)

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png4.png9.png7.png5.png7.png4.png
Hari Ini1009
Semalam1254
Minggu Ini3377
Bulan Ini12041
Keseluruhan1497574

  • IP Anda : 3.231.226.211
Rabu, 13 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  1 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai