depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - TARIKH PENDAFTARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN PENTAKSIRAN PUSAT TAHUN 2019

TARIKH PENDAFTARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN PENTAKSIRAN PUSAT TAHUN 2019

Ditulis oleh UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN on . Posted in UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah

Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

TARIKH PENDAFTARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN PENTAKSIRAN PUSAT TAHUN 2019:

  • UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
  • PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)
  • PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU)
  • UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA (UPBA)
  • SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

    Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat Lembaga Peperiksaan KPM.600-9/2/1 (9) bertarikh 16 Januari 2019 berhubung perkara di atas.

    2.    Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan tarikh pendaftaran bagi UPSR, PASR, SPM, SPMU, UPBA dan STAM tahun 2019 bagi calon sekolah dan calon persendirian adalah mulai 10 Februari hingga 10 Mac 2019 manakala pendaftaran bagi calon PT3 adalah mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2019. Makluman pendaftaran ini hendaklah dibaca bersama-sama Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan UPSR, SPM, SPMU dan STAM Edisi 2018. Pelanjutan tarikh pendaftaran peperiksaan adalah tidak dibenarkan.

    3.    Bersama-sama ini dilampirkan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak, JPNPk.SPPP.SPM.600-7/4/1(24) bertarikh 22 Januari 2019 dan surat Lembaga Peperiksaan KPM.600-9/2/1 (9) bertarikh 16 Januari 2019 untuk makluman dan tindakan tuan.

    4.    Mohon jasa baik pihak tuan untuk memuat turun surat berkenaan di bahagian attachment.

    Sekian, terima kasih.

    Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan, JPN Perak