PERMOHONAN KHAS URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) URUSAN TAHUN 2017 BAGI PPP YANG MEMPEROLEHI IJAZAH DARI UIAM

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Semua Pengetua / Guru Besar

SMK/SK/SJKT/SJKC

Daerah Hilir Perak & Daerah Bagan Datuk

 

PERMOHONAN KHAS URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) URUSAN TAHUN 2017 BAGI PPP YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN DI BAWAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU DARI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DALAM BIDANG:  

I. BACHELOR OF EDUCATION (ISLAMIC EDUCATION FOR PRIMARY SCHOOL) (HONOURS); DAN 

II. BACHELOR OF EDUCATION (GUIDANCE AND COUNSELLING FOR PRIMARY SCHOOL) (HONOURS)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSM, KPM) akan membuka permohonan khas bagi PPP lulusan UIAM yang telah memperolehi Ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum atau pada 31 Disember 2016 dalam kedua-dua bidang seperti di atas untuk membuat permohonan bagi urusan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) tahun 2017. Ini kerana kelayakan bagi kedua-dua bidang tersebut baru mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 23 Mei 2017. Graduan selain dua (2) bidang berkenaan tidak boleh memohon pada urusan permohonan khas ini.

 

PPP yang terlibat perlu membuat permohonan menerusi sistem ePangkat di Modul DG42 yang akan DIBUKA BERMULA 27 SEPTEMBER 2017. Semua permohonan dan perakuan oleh Ketua Jabatan perlu dilaksanakan menerusi sistem ePangkat KECUALI pegawai dalam keadaan berikut dibenarkan memohon dan diperaku secara manual dengan mengisi borang diLampiran-lampiran A hingga F dalam surat penyiaran iklan:

(i) Pegawai yang berada di jawatan kader;

(ii) Pegawai yang berada dalam tempoh peminjaman; dan

(iii) Pegawai yang mengambil Cuti Separuh Gaji (CSG)/ Cuti Tanpa Gaji (CTG) melebihi 180 hari yang menyebabkan tiada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi tahun penilaian yang ditetapkan (2013, 2014 dan 2015).

Pemohon dan Ketua Jabatan yang terlibat hendaklah mematuhi tarikh tutup yang telah ditetapkan yang dinyatakan di dalam jadual di para 7 dan 9 surat penyiaran mengenai urusan ini. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kelewatan atau keciciran yang berlaku. Permohonan yang diterima secara manual bagi PPP yang sepatutnya boleh memohon melalui Sistem ePangkat dan perakuan yang diterima selepas tarikh tutup/ tidak lengkap/ mengandungi fakta yang palsu, tidak akan diproses.

Sila muat turun surat siaran dan lampiran- lampiran permohonan di bahagian attachment atau pautan terus  ke

https://epangkat.moe.gov.my/login.php

 

Sekian, terima kasih

 

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png1.png6.png1.png
Hari Ini879
Semalam965
Minggu Ini3741
Bulan Ini19449
Keseluruhan1011161

  • IP Anda : 54.162.241.40
Khamis, 23 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai