PERINGATAN DAN MAKLUMAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SERTA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENTING

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Semua Pengetua & Guru Besar

SMK/SK/SJKT/SJKC

Daerah Hilir Perak / Daerah Bagan Datuk

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah diminta menyemak maklumat-maklumat penting bagi tarikh-tarikh penting perkhidmatan bagi semua PPP dan AKP di sekolah masing-masing serta melaksanakan pengemaskinian yang sebenar mengikut rekod.

Terdapat beberapa pemerhatian yang diperolehi bahawa maklumat maklumat adalah tidak tepat sekaligus memberi kesan secara langsung dalam pengesanan secara automatik senarai nama pegawai atau anggota yang layak dalam urusan semasa.

Pihak sekolah diminta membuat pengemaskinian dibahagian maklumat perkhidmatan, markah prestasi tahunan dan perisytiharan harta terkini seterusnya muat naik ( upload ) kenyataan penting Buku Kenyataan Perkhidmatan seperti yang dikehendaki.

Sekiranya ada sebarang pembetulan yang perlu. Mohon pengemaskinian dilakukan di dalam e-operasi dan e-pangkat berikutan maklumat di dalam e-operasi akan disalin terus ke dalam e-pangkat. Sekiranya pihak sekolah hanya mengubah di dalam e-pangkat sahaja, maka secara teknikal sebarang perubahan tidak akan berlaku di dalam e-operasi.

Adalah penting supaya Ketua Jabatan sendiri melaksanakan pengesahan dan perakuan berkenaan di dalam e-pangkat bagi tujuan memelihara integriti dan tidak dipertikaikan sekiranya berlaku sebarang bentuk masalah untuk tindakan pihak yang berkaitan.

 

Sekian, terima kasih

 

 

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png1.png6.png1.png
Hari Ini879
Semalam965
Minggu Ini3741
Bulan Ini19449
Keseluruhan1011161

  • IP Anda : 54.162.241.40
Khamis, 23 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai