depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - SEMAKAN DATA PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI GURU NEGERI PERAK

SEMAKAN DATA PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI GURU NEGERI PERAK

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

 

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR

SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH

SEMUA PPP LANTIKAN BAHARU NEGERI PERAK TAHUN 2017

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang mengumpul data bagi maklumat PPP lantikan 2017 dan ke atas yang masih belum memohon PTM.

Sehubungan dengan itu, mohon kepada semua PPP bagi lantikan  baharu (lantikan tahun 2017) untuk menyemak kembali data dan maklumat permohonan masing-masing adalah betul bagi mengelakkan kesalahan semasa keputusan PTM dikeluarkan (semak senarai pada ruangan Attachment). Sekiranya terdapat sebarang perubahan/ kesalahan pada maklumat yang dikepilkan, sila hubungi Unit Latihan dan Kemajuan Staf, PN. Faizah binti Hamsin di talian 05-5015274.

Untuk makluman, bagi PPP lantikan 2017 dan ke atas yang masih tidak memohon atau tiada maklumat didalam senarai yang dikepilkan, sila layari link tersebut bagi memohon PTM :     https://tinyurl.com/PERMOHONAN-PTM

(SILA PASTIKAN MAKLUMAT ADALAH LENGKAP SEBELUM PERMOHONAN DIHANTAR. PERMOHONAN INI HANYA UNTUK GURU SAHAJA. BAGI ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN PERMOHONAN  PTM ADALAH DIURUSKAN OLEH PIHAK BPSM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

Pihak pentadbiran sekolah dimohon untuk menyebarkan makluman ini kepada semua PPP lantikan baru di sekolah masing-masing menggunakan link permohonan yang diberi.   Permohonan  PTM tidak lagi menggunakan Borang yang disediakan di dalam Portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak seperti sebelum ini. (mohon ambil perhatian)

Kerjasama tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

 

DISEDIAKAN OLEH:

 

UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAFF-JPN PERAK

                                       

Sekian.

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png7.png4.png
Hari Ini0
Semalam874
Minggu Ini5987
Bulan Ini17687
Keseluruhan1474774

  • IP Anda : 3.85.245.126
Sabtu, 19 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  17 hari  STAM Bertulis  2 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  16 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  26 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  16 hari
 MUET (3)  14 hari  SPM (Ulangan) Selesai