depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PEMAKLUMAN KALI KEDUA PERMOHONAN PEMANGKUAN KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) OLEH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEMAKLUMAN KALI KEDUA PERMOHONAN PEMANGKUAN KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) OLEH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

 

Semua Pengetua/Guru Besar

Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.500-1/2/4 JILID 7(16) bertarikh 14 Mac 2018 tentang perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, semua salinan dokumen-dokumen berkaitan maklumat pengajian dan ijazah yang diperolehi perlu diakui sah terlebih dahulu dan seterusnya dimuat naik (upload) semasa permohonan dibuat oleh pegawai ke dalam sistem ePangkat dengan menggunakan ID Ketua Jabatan tuan/puan seperti berikut:

   2.1          Salinan Ijazah atau surat pengesahan bergraduat (bagi PPP yang belum konvokesyen) atau transkrip akademik;

   2.2          Salinan surat tawaran mengikuti pengajian dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG) atau surat tawaran kemasukan ke Institusi        Pengajian Tinggi dari Universiti berkaitan (selain BPG); dan

   2.3          Salinan surat kebenaran belajar oleh Ketua Jabatan (surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri)

3. Sehubungan itu, kepada PPP yang memenuhi syarat dan berminat, boleh memohon melalui sistem online ePangkat. Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 30 APRIL 2018. Tuan/puan boleh muat turun surat siaran berkenaan di ruangan attachment di bawah. Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh hubungi Unit Naik Pangkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak di talian 05-501 5064 / 5059 / 5306 / 5060 /5235 dan 5061.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

JPN Perak. 

Attachments:
Download this file (DG42-JPN.pdf)DG42-JPN.pdf[ ]1511 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png3.png2.png
Hari Ini74
Semalam1077
Minggu Ini1151
Bulan Ini19945
Keseluruhan1477032

  • IP Anda : 18.207.134.98
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai