depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN PEMANGKUAN KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) OLEH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALA

PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN PEMANGKUAN KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) OLEH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALA

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat siaran dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM ruj. KPM.BPSM.S.500-1/2/4 JILID 7 (16) bertarikh 14 Mac 2018 adalah berkaitan.

 

2. Adalah dimaklumkan semasa permohonan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) urusan tahun 2018 dibuka untuk permohonan oleh PPP pada 26 Mac 2018 hingga 30 April 2018 yang lalu, terdapat PPP yang tidak membuat permohonan disebabkan kekeliruan yang timbul berikutan ralat di Lampiran I dan Lampiran II surat siaran iaitu berhubung peranan PPP yang memohon dan Ketua Jabatan. PERANAN MEMUAT NAIK dokumen ijazah, surat tawaran mengikuti pengajian dan surat kebenaran belajar adalah peranan Ketua Jabatan tempat PPP bertugas dan PPP MASIH PERLU MEMOHON SENDIRI DI EPANGKAT SETELAH DOKUMEN-DOKUMEN DIMUAT NAIK DAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN LENGKAP DIKEMAS KINI. Kesulitan yang timbul disebabkan ralat tersebut adalah dikesali.

 

3. Sehubungan itu, permohonan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) bagi PPP yang memperolehi ijazah sebelum atau pada 31 Disember 2017 akan dibuka semula menerusi ePangkat sahaja. Permohonan secara manual tidak akan diproses. Syarat-syarat pemangkuan dan perkara-perkara lain yang dinyatakan berhubung permohonan urusan ini dalam surat siaran ruj. KPM.BPSM.S.500-1/2/4 JILID 7 (16) bertarikh 14 Mac 2018 adalah tidak berubah. PPP yang bercadang untuk memohon boleh mengambil tindakan awal dengan mengemukakan salinan dokumen-dokumen maklumat akademik kepada Ketua Jabatan untuk dimuat naik sebelum permohonan dibuka. Permohonan di ePangkat akan dibuka semula seperti ketetapan berikut:

 

Bil.
Tarikh
Tempoh
Keterangan
1.
17 Julai 2018 (Selasa) hingga 30 Julai 2018 (Isnin)
14 hari
• PPP mengemukakan permohonan 
• Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Julai 2018 (Isnin), jam 11.59 malam.
2.
31 Julai 2018 (Selasa) hingga 6 Ogos 2018 (Isnin)
7 hari
• Tempoh perakuan Ketua Jabatan tempat PPP bertugas kepada JPN/Bahagian.
• Tarikh tutup pada 6 Ogos 2018 (Isnin), (jam 11.59 malam).
3.
7 Ogos 2018 (Selasa) hingga 13 Ogos 2018 (Isnin)
7 hari
• Tempoh perakuan JPN/Bahagian kepada BPSM, KPM.
• Tarikh tutup pada 13 Ogos 2018 (Isnin), (jam 11.59 malam).

 

4. PPP yang telah berjaya memohon semasa permohonan dibuka kali pertama pada 26 Mac 2018 hingga 30 April 2018 tidak perlu memohon semula.

 

5. Adalah diingatkan bahawa mana-mana PPP yang didapati masih tercicir/ tidak membuat permohonan melalui Sistem ePangkat dalam tempoh yang ditetapkan seperti di atas, tidak akan lagi dipertimbangkan untuk pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) urusan tahun 2018 dan perlu mengemukakan permohonan pada urusan akan datang apabila iklan dikeluarkan. Pemohon, Ketua Jabatan dan JPN/ Bahagian hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kelewatan atau keciciran yang berlaku di peringkat masing-masing.

 

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png0.png3.png1.png
Hari Ini73
Semalam1077
Minggu Ini1150
Bulan Ini19944
Keseluruhan1477031

  • IP Anda : 18.207.134.98
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai