depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PINDAAN KUASA MELULUS KEPADA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH UNTUK PERMOHONAN KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

PINDAAN KUASA MELULUS KEPADA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH UNTUK PERMOHONAN KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Semua Pengetua & Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

 

Merujuk kepada surat J.Pend.Pk(Am)48882/2/Jld.160(51) bertarikh 30 Mei 2018 dan surat KPM.100-2/5/7 JLd.251(90) bertarikh 9 Feb 2018
adalah untuk perhatian.

Adalah dimaklumkan semua permohoan lawatan ke luar negara secara persendirian bagi Pegawai PPD, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana ( AKP ) akan diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak berkuatkuasa serta merta.

Walaubagaimanapun bagi Pengetua dan Guru Besar kelulusan masih lagi perlu diperolehi melalui JPN Perak.

Sehubungan itu dokumen-dokumen permohonan yang lengkap ( sila rujuk senarai semak ) bersama sijil insuran kesihatan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 1 BULAN sebelum tarikh lawatan atau tarikh penerbangan.

Dokumen-dokumen yang WAJIB disertakan ke PPD Hilir Perak adalah seperti berikut:

1. 3 salinan - Borang pemohonan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian (Lampiran 1)


2. 3 salinan - Borang perisytiharan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian ( Lampiran 2 )


3. 3 salinan - Borang permohonan kemudahan perlindungan insuransn kesihatan ke luar negara atas urusan persendirian (Lampiran A )


4. 1 salinan - Surat keluusan cuti yang berkaitan ( CR/CRK/CTG/Cuti Haji )


5. 1 salinan - Borang perubahan tarikh/negara/pembatalan permohonan /polisi perlindungan isnsurans.

Pihak sekolah digalakkan menggunapakai surat iringan rasmi permohonan yang telah diseragamkan dengan menggunakan surat rasmi sekolah masing-masing. ( sila muat turun di bahagian attachement ). Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Rohani Bt Abdullah,Unit Perkhidmatan PPD Hilir Perak.

Borang permohonan dan dokumen sokongan boleh diperolehi di bahagian attachement.

Sekian, terima kasih

Attachments

BORANG PERMOHONAN LAWATAN KELUAR NEGARA.pdf [96.18Kb]
Uploaded Jumaat, 08 Jun 2018 by UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN
Lampiran B Borang Perubahan Tarikh Negara atau Pembatalan Polisi Perlindungan Insurans Kesihatan .pdf [64.41Kb]
Uploaded Jumaat, 08 Jun 2018 by UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN
INSURANS.pdf [388.13Kb]
Uploaded Jumaat, 08 Jun 2018 by UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN
Syarat Sayarat Permohonan Lawatan Ke Luar Negara.pdf [6.34Kb]
Uploaded Jumaat, 08 Jun 2018 by UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png4.png7.png0.png5.png
Hari Ini805
Semalam1061
Minggu Ini5918
Bulan Ini17618
Keseluruhan1474705

  • IP Anda : 3.227.233.78
Jumaat, 18 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Berjalan  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  18 hari  STAM Bertulis  3 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  17 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  27 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  17 hari
 MUET (3)  15 hari  SPM (Ulangan) Selesai