depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PELAKSANAAN SISTEM e-PROPER (FASA 3 ) BAGI URUSAN PERAKUAN PERKHIDMATAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (APP) SECARA ATAS TALIAN

PELAKSANAAN SISTEM e-PROPER (FASA 3 ) BAGI URUSAN PERAKUAN PERKHIDMATAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (APP) SECARA ATAS TALIAN

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Semua Guru Besar

Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Adalah dimaklumkan  bahawa semua urusan seperti berikut akan dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem  e-PROPER dibawah selian PPD Hilir Perak

- Pengesahan Pelantikan Tetap ( PPT )

- Pelanjutan Tempoh Percubaan ( PTP)

- Pengesahan Dalam Perkhidmatan ( PDP )

- Pemberian Taraf Berpencen ( PTB )

 

PPD Hilir Perak selaku Pusat Tanggungjawab ( PTJ ) akan melaksanakan urusan berkenaan melalui sisteme-PROPER berkenaan sepenuhnya.Pihak sekolah buat masa ini tidak akan menggunakan sistem e-PROPER bagi tujuan tersebut.

Pihak sekolah masih lagi diperlukan menghantar dokumen-dokumen berkenaan sepertimana yang telah ditetapkan ke PPD Hilir Perak seperti biasa seterusnya akan diuruskan oleh mulai Peringkat Pegawai Penyedia, Pegawai Pengesah dan Pegawai Peraku di PPD Hilir Perak.

Tedapat beberapa permohonan kepada SPP yang telah dihantar sebelum ini dipulangkan semula ke PPD Hilir Perak untuk diuruskan melalui e-PROPER. Justeru itu perkara berkenaan akan diambil tindakan setelah SPP menyelesaikan dan memberi kebenaran  beberapa perkara teknikal yang terdapat di dalam e-PROPER PPD Hilir Perak.

Sila muat turun surat SPP berkaitan perkara tersebut dibahagian attachment untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.Sila hubungi En. Khalid Bin Hamzah, Unit Perkhidmatan PPD HIlir Perak untuk sebarang pertanyaan sekiranya berkaitan.

Sekian, terima kasih

Statistik Pengunjung

1.png4.png7.png7.png1.png2.png0.png
Hari Ini162
Semalam1077
Minggu Ini1239
Bulan Ini20033
Keseluruhan1477120

  • IP Anda : 18.208.159.25
Selasa, 22 Oktober 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  14 hari  STAM Bertulis  Berjalan
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  13 hari
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  23 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  13 hari
 MUET (3)  11 hari  SPM (Ulangan) Selesai