depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - URUSAN MEMPROSES DAN MELULUSKAN PENYATA PERUBAHAN ( KEW.8 ) PERGERAKAN GAJI TAHUN 2019

URUSAN MEMPROSES DAN MELULUSKAN PENYATA PERUBAHAN ( KEW.8 ) PERGERAKAN GAJI TAHUN 2019

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Semua Guru Besar
SK/SJKT/SJKC
Daerah Hilir Perak

Adalah dimaklumkan bahawa urusan tersebut akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh:  13 Mac 2019
Masa  :  8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Alamanda , PPD Hilir Perak

Sehubungan itu pihak sekolah dikehendaki menyediakan tiga (3) Salinan Penyata Perubahan beserta dokumen sokongan berikut:

1- Sesalinan Surat Keputusan Pergerakan Gaji 2019 oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia
2. Sesalinan Penyata Perubahan (Kew.8) Pergerakan Gaji 2018 / Kenaikan Pangkat/Pelarasan Gaji/Pemangkuan/ Pelantikan Tetap

Adalah dipohon supaya Ketua Jabatan dapat memberikan pelepasan kepada seorang Pembantu Tadbir sekolah untuk hadir bagi
urusan tersebut dengan membawa alat tulis dan stampad.

Bagi sekolah yang belum menghantar sesalinan slip gaji bulan Disember 2018, Akta Rahsia Rasmi dan Pengumpulan Cuti Rehat tahun 2018 adalah diwajibkan membawa dokumen tersebut untuk tujuan pengemaskinian dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.

Sila muat turun contoh penyediaan Laporan Perubahan ( Kew.8 ) dibahagian attachment untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih