depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PEMAKLUMAN PENGGUNAAN BORANG DAN FORMAT RASMI TERKINI BAGI PERMOHONAN URUSAN BERKAITAN BERKAITAN PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN ( SPP ) MELALUI SISTEM E-PROPER

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN BORANG DAN FORMAT RASMI TERKINI BAGI PERMOHONAN URUSAN BERKAITAN BERKAITAN PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN ( SPP ) MELALUI SISTEM E-PROPER

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Adalah dimaklumkan bahawa urusan-urusan perkhidmatan berikut akan menggunakan borang dan format terbaru seperti yang diarahkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP )

1. Pengesahan Pelantikan
2. Pengesahan Dalam Pelantikan
3. Pemberian Taraf Berpencen

Sehubungan itu sila muat turun borang-berkenaan di bahagian  attachement atau boleh dimuat turun melalui  portal rasmi SPP https://www.spp.gov.my ( klik bahagian perkhidmatan - muat turun - borang - perkhidmatan )

Penggunaan borang rasmi berkenaan adalah berkuatkuasa serta merta. Sekolah-sekolah yang telah pun menghantar ke PPD dan belum dibuat tindakan lanjut akan dihubungi untuk diperbaharui penggunaan format terbaru berkenaan selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak SPP. Sebarang permohonan yang tidak menggunakan borang dan format sepertimana yang telah dinyatakan tidak akan diproses bagi tujuan perakuan melalui sistem E-Proper PPD Hilir Perak.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Perkhidmatan, En. Khalid Bin Hamzah 05-6221970 samb.136

Sekian terima kasih