depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - PELAKSANAAN SKIM PERLINDUNGAN SOSIAL DI BAWAH PERKESO KEPADA KAKITANGAN AWAM BERTARAF SEMENTARA, KONTRAK DAN INTERIM DI JANM PERAK

PELAKSANAAN SKIM PERLINDUNGAN SOSIAL DI BAWAH PERKESO KEPADA KAKITANGAN AWAM BERTARAF SEMENTARA, KONTRAK DAN INTERIM DI JANM PERAK

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

engetua / Guru Besar
SMK / SK / SJKC/ SJKT (sekolah bukan PTJ)
Daerah Hilir Perak

Tuan,
PELAKSANAAN SKIM PERLINDUNGAN SOSIAL DI BAWAH PERKESO KEPADA KAKITANGAN AWAM BERTARAF SEMENTARA, KONTRAK DAN INTERIM DI JANM PERAK

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti Tuan/Puan sedia maklum, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan Pekeliling Majikan No. 2 Tahun 2013 dan Pekeliling Majikan No. 1 Tahun 2016 bagi memperjelaskan perluasan liputan Skim Perlindungan Keselamatan Sosial kepada kakitangan awam bertaraf sementara dan kontrak yang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

3. Sehubungan dengan itu, semakan telah dibuat dan didapati beberapa sekolah seperti di Lampiran A, mempunyai kakitangan bertaraf interim (Kod B34 dalam Sistem Gaji Berkomputer). Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan SEGERA untuk mendaftar dengan PERKESO untuk mendapatkan kod majikan. Panduan pendaftaran sebagai majikan PERKESO dan pengemaskinian dalam Sistem Gaji Berkomputer adalah seperti di Lampiran 1. Tindakan ini hendaklah diambil mulai perubahan gaji bulan Ogos 2019.

4. Bagi PTJ di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat KPM, no. rujukan: KPM.400-4/3/8(13) yang bertarikh 26 Jun 2019, PERKESO telah menyatakan perkara seperti berikut :

a) Kakitangan Bertaraf Guru yang kena daftar dan dicarum kepada PERKESO ialah
Guru Lantikan Kontrak (Contract of Service) dan Guru Lantikan Interim. Guru Lantikan Interim telah ditakrifkan sebagai seorang “PEKERJA” di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kerana lantikan mereka adalah di bawah suatu kontrak perkhidmatan.
b) Kakitangan Bukan Bertaraf Guru yang kena daftar dan dicarumkan kepada
PERKESO ialah Pegawai Lantikan Kontrak dan Pegawai Lantikan Sementara.

Arahan ini terpakai kepada semua sekolah Daerah Hilir Perak jika menerima lantikan Guru Interim selepas 09 Julai 2019. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn Nurul Azlindawati – Unit Kewangan. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan terima kasih.

Sekian.