PROSES MENYUKAT PAKAIAN SERAGAM BAGI KAKITANGAN PEMBANTU MAKMAL, PEMBANTU OPERASI, PEMBANTU AWAM DAN PEMANDU KENDERAAN DIBAWAH PENTADBIRAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2019
Pembantu Makmal / Pembantu Operasi /
Pembantu Awam / Pemandu Kenderaan
Melalui,
Pengetua / Guru besar,
SMK / SK / SJKC / SJKT
Daerah Hilir Perak
Tuan,Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian tuan.
Sehubungan itu, proses menyukat pakaian seragam bagi kakitangan pembantu makmal, pembantu operasi, pembantu awam dan pemandu kenderaan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:-
Hari : Khamis
Tarikh : 01.08.2019
Masa : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak
Pihak tuan adalah dipohon untuk memberi kebenaran kepada pembantu makmal, pembantu operasi, pembantu awam dan pemandu kenderaan di bawah seliaan tuan untuk hadir tanpa gagal. Sila tepati masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Nor Azia Bt Mohamad Noor / Pn. Siti Azilawati Bt Abd Aziz – Unit Perkhidmatan & Pentadbiran di talian 05-6221970.
Kerjasama tuan didahului ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.