depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararas─▒ evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR EX-PPPLD GRED DG41/42 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2019

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR EX-PPPLD GRED DG41/42 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2019

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019.  Guru Besar yang telah memenuhi syarat-syarat pemangkuan tersebut akan  diperakukan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Untuk makluman, permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem ePangkat. 

Permohonan yang dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan ini juga hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus yang telah ditetapkan. Bagi Guru Besar yang telah diperakukan kenaikan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD pada Tahun 2019 dan sebelumnya adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang telah/ akan dibuka.Iklan boleh mula dimohon mulai 26 September 2019 (Khamis) sehingga 11 Oktober 2019 (sebelum jam 11.59 malam).


Bagi Guru Besar yang layak dan memenuhi syarat adalah diminta menghubungi terlebih dahulu En. Khalid Bin Hamzah ( Unit Perkhidmatan PPD Hilir Perak ) ditalian 05-6221970  pada atau sebelum 30 September 2019   bagi tujuan semakan dan penyediaan maklumat asas di dalam e-pangkat untuk membolehkan  permohonan tersebut dapat dilaksanakan oleh pemohon yang berkelayakan.

 

Sila muat turun surat siaran KPM dan manual permohonan dibahagian attachment.

 

Statistik Pengunjung

1.png5.png0.png7.png3.png8.png2.png
Hari Ini896
Semalam1140
Minggu Ini5625
Bulan Ini21849
Keseluruhan1507382

  • IP Anda : 3.92.92.168
Jumaat, 22 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai