depolama evden eve nakliyat nakliyat uluslararası evden eve nakliyat Portal Rasmi PPD Hilir Perak - SAMBUTAN HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2019

SAMBUTAN HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2019

Ditulis oleh Khalid Bin Hamzah on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak
( seperti yang disenaraikan )

Tuan,

SAMBUTAN HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa pada setiap 1 Oktober setiap tahun  adalah diisytiharkan sebagai “Hari Pembantu Tadbir Pendidikan” khusus untuk menghargai sumbangan,jasa dan pengorbanan semua  Pembantu Tadbir khususnya  yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara. Sambutan kali pertama perngkat kebangsaan  telah diadakan pada 1 Oktober 2019 dirasmikan oleh YAB Menteri Pendidikan.


Sehubungan itu satu majlis khas Sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Daerah Bagan Datuk akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh      :  06 November 2019 ( Rabu )
Masa      :  2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat  :  Dewan Cempaka, PPD Hilir Perak ( Lama ) Teluk Intan

Pihak tuan adalah diminta dapat memberikan kerjasama untuk memberikan kebenaran dan pelepasan bagi Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir ( seperti disenarai yang dilampirkan) bagi menghadiri majlis sambutan berkenaan.

Pegawai yang terlibat adalah TIDAK LAYAK untuk membuat sebarang tuntutan perjalanan atau tuntutan lain yang  berkaitan dan segala perbelanjaan adalah dibawah tanggungjawab pegawai yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (SAMBUTAN HARI PEMBANTU TABIR.pdf)SAMBUTAN HARI PEMBANTU TABIR.pdf[ ]1421 kB

Statistik Pengunjung

1.png4.png9.png7.png6.png5.png8.png
Hari Ini1093
Semalam1254
Minggu Ini3461
Bulan Ini12125
Keseluruhan1497658

  • IP Anda : 3.231.226.211
Rabu, 13 November 2019

Peperiksaan

 SPM FASA 1  Selesai  UPSR  Selesai
 SPM FASA 2  Berjalan  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SVM  Selesai
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  1 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Berjalan
 MUET (3)  Selesai  SPM (Ulangan) Selesai