PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU/STAFF MELALUI SISTEM PENGURUAN SEKOLAH MODUL PENGURUSAN GURU (e-OPERASI) DAN KUTIPAN BORANG STATUS KEDUDUKAN GURU (BSKG) BERAKHIR 31 OKTOBER 2017.

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN SEKOLAH on . Posted in UNIT PENGURUSAN SEKOLAH : SIP+

Pengetua

Semua Sekolah Menengah Harian

Daerah Hilir Perak dan Daerah Bagan Datuk

 

Tuan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU/STAFF MELALUI SISTEM PENGURUAN SEKOLAH MODUL PENGURUSAN GURU (e-OPERASI) DAN KUTIPAN BORANG STATUS KEDUDUKAN GURU (BSKG) BERAKHIR 31 OKTOBER 2017.

 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

 2.         Sukacita dimaklumkan, verifikasi data Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) diperingkat PPD akan diadakan pada 23 Oktober 2017. Sehubungan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk mengemaskini data guru/staf melalui Sistem Pengurusan Sekolah (Modul Pengurusan Guru) sebelum 31 Oktober 2017 dengan tumpuan kepada perkara berikut :

             a. Menyemak senarai/bilangan guru dan staf. Pastikan bilangan guru / staff dibawah kawalan tuan adalah yang sebenar. Jika tidak sila laporkan kepada PPD.

   b. Menyemak dan mengemaskini maklumat guru dan staff. Pastikan data bagi semua sub menu bagi menu maklumat guru/staf adalah betul dan terkini.

               c. Menyemak dan mengemaskini status perkhidmatan. Pastikan status adalah terkini sama ada berkhidmat disekolah/cuti      tanpa gaji/cuti sakit/pencen dan sebagainya.

   d. Menyemak dan mengemaskini semua maklumat Enrolmen, Kelas, Jadual Waktu Ajar dan Maklumat  Subjek. Pastikan semua data adalah yang terkini dan tepat kerana melibatkan pengiraan keperluan guru sekolah tuan.

   e. Membetulkan semua ralat yang ada. Semak melalui menu Utiliti Ralat Data.

 3.         Cetakan BSKG bertarikh 31 Oktober 2017 yang telah ditandatangani pengesahan oleh Pengetua berserta surat iringan hendaklah dihantar ke PPD sebelum atau pada 3 November 2017 tanpa gagal. (UP : Encik Mohmmad Sidek Al Munadi Bin Abdul Razak).

 Kerjasama dan perhatian tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 Sekian terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png1.png4.png8.png4.png
Hari Ini276
Semalam926
Minggu Ini4064
Bulan Ini19772
Keseluruhan1011484

  • IP Anda : 54.224.168.206
Jumaat, 24 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai