INFO UNIT : PEMBANGUNAN & BEKALAN

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in INFO UNIT-UNIT

INFO UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN BEKALAN

A.      PEMBANGUNAN DAN BEKALAN

1. Pengurusan Projek Pembangunan.

2. Mengendali Data Pendidikan Peringkat Daerah.

3. Membantu Jabatan Pendidikan Perak merancang pemetaan dan keperluan membangunkan sekolah.

4. Membantu Jabatan Pendidikan Perak mengawasi kerja-kerja pembangunan dan mengambil alih bangunan.

5. Menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

6. Penyediaan projek-projek di bawah Rancangan Pembangunan Infrastruktur Fizikal.

7. Penyelarasan bersama Kementerian Pendidikan, Jabatan Kerja Raya dan Agensi lain berkaitan dengan projek.

8. Pengurusan permohonan tanah untuk tapak projek sekolah dan pajakan/sewaan tanah.

9. Pengurusan maklumat Projek-projek Pendidikan

10. Pengurusan pajakan / sewaan Tanah Pendidikan


B. PENGURUSAN PENYELENGGARAAN

1. Merancang dan mengurus kajian keperluan  permohonan sekolah untuk melaksanakan penyelenggaraan ubah suai, dan naik taraf.

2. Mengurus dan melaksanakan lawatan tapak, menyiasat dan menilai kerosakan fizikal sekolah, asrama, makmal komputer, prasekolah dan rumah guru bagi menentukan

    keperluan dan kesesuaian sesuatu kerja yang perlu dibuat.

3.Merancang dan mengurus Anggaran Belanja Mengurus (ABM) serta memohon peruntukan kewangan.

4. Mengurus dan menyediakan justifikasi kerja dan anggaran kos sesuatu kerja.

5. Mengurus sebutharga kerja-kerja yang akan dilaksanakan.

6. Mengurus lawatan tapak dan memberi taklimat kepada kontraktor yang menyertai tawaran sebut harga.

7. Mengurus Jawatankuasa Pembuka Sebut harga dan Jawatankuasa Sebut harga di peringkat daerah.

8. Mengurus tawaran kepada kontraktor yang berjaya.

9. Memantau dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan ubah suai dan naik taraf mengikut spesifikasi dan butiran kerja yang ditetapkan

10. Memperakukan dan membuat penilaian kerja-kerja yang disiapkan oleh kontraktor.

11. Mengurus pembayaran kepada kontraktor

12. Mengadakan perbincangan dengan JKR untuk memperbaiki kerosakan yang melibatkan struktur bangunan, kerja elektrik dan mekanikal.

13. Mengumpul maklumat dan data untuk pembinaan sekolah baru, bangunan tambahan, bangunan gantian, asrama, rumah guru, makmal komputer dan prasekolah.

14. Mengenal pasti dan membuat kajian kesesuaian tapak projek sekolah, rumah guru, makmal komputer dan prasekolah.

15. Mengurus pengambilan tanah untuk sekolah baru dari pihak pemaju, kerajaan Negeri dan tanah individu.

16. Mengadakan perbincangan mengenai brif projek dengan pihak JKR atau agensi perlaksana.

17. Menghadiri mesyuarat tapak projek sekolah baru, bangunan gantian, bangunan tambahan, asrama,  rumah guru dan makmal komputer

18. Menyediakan laporan kemajuan projek dan keperluan tambahan serta aduan daripada pihak pengguna.

19. Memberi khidmat nasihat berkaitan prosedur kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan dari KPM.


C. PENGURUSAN BEKALAN PERABOT  & PERALATAN

1. Membuat kajian keperluan perabot dan peralatan yang  diperlukan oleh sekolah dan asrama.

2. Menyelia penghantaran dan penerimaan bekalan dan  peralatan perabot ke sekolah.

3. Menyelia pengurusan stok dan inventori bagi bekalan perabot dan peralatan disekolah dan asrama.

4. Mengurus perpindahan bekalan perabot dan peralatan yang berlebihan dari sekolah ke sekolah lain yang memerlukan.

5. Mengumpul maklumat keperluan peralatan PPSMI.

6. Memantau penghantaran PPSMI kesekolah.

7. Mengurus penyelenggaraan peralatan PPSMI oleh syarikat pembekal.

8. Mengurus aduan kehilangan peralatan PPSMI.


D. PENGURUSAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN

1. Mengurus permohonan kompleks rumah guru.

2. Memfailkan dan membuat tapisan sebelum dipanjangkan  untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengagihan Kuarters.

3. Menghantar surat tawaran dan setuju terima kepada pemohon yang berjaya menduduki rumah guru.

4.Terima surat setuju terima dan serah kunci kepada pemohon.

5. Memberi khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi oleh penghuni rumah guru.

6. Mengurus penyelenggaraan dan pembaikan rumah guru jika ada peruntukkan.

 

E. PENGURUSAN PERKHIDMATAN KEBERSIAHAN KAWASAN dan PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA
      

1. Mengurus dan mengumpul maklumat mengenai keperluan  Perkhidmatan pembersihan bangunan sekolah dan kawalan Keselamatan swasta.

2. Bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Perak dalam menyusun dokumen tender bagi perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan

    keselamatan swasta.

3. Mengurus penjualan dokumen tender perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.

4. Menyelia dan mengurus pembukaan tender bagi perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.

5. Memantau dan menyelia pelaksanaan projek kebersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan swasta.

6. Mengambil tindakan kepada syarikat yang melanggar  kontrak bagi projek pembersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan. 

7. Menguruskan pembayaran kepada syarikat pembersihan  kawasan sekolah dan kawalan keselamatan swasta

 

F.  PENGURUSAN ASET ALIH dan TAK ALIH KERAJAAN

1. Menyelaras pengurusan semua aset alih kerajaan di bawah  kawalannya meliputi:

a. Penerimaan
b. Pendaftaran
c. Penggunaan,penyimpanan dan pemeriksaan
d. Penyelenggaraan
e. Pelupusan
f.  Kehilangan dan Hapuskira

2. Menguruskan pelantikan pegawai pemeriksa dan lembaga pemeriksa aset.

3. Menjadi urus setia kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan.

4. Menyelaras penyediaan laporan aset alih kerajaan seperti berikut:

a. Harta modal dan Inventori
b. Pemeriksaan harta modal dan inventori
c. Pelupusan aset alih kerajaan
d. Tindakan surcaj dan tatatertib

5. Melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan berpandukan kepada:

a. Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007.
b. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Kementerian Kewangan).
c. Carta Aliran Kerja Pengurusan Aset


G. PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

1. Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Pembangunan bagi bidang OS2800 dan OS 3200 mengikut akitivit spt Menengah,  Rendah, Asrama, Pra-sekolah dan

    Pentadbiran.

2. Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua  Belanja Pembangunan mengikut prosedur dan peraturan semasa.

3. Mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat yang terpilih untuk melaksankan kerja-kerja penyelenggaraan.

4. Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

5. Mengeluarkan pembayaran bagi projek-projek kerajaan yang telah diluluskan.

6. Penyediaan laporan Prestasi Kewangan setiap bulan.