PIAGAM PELANGGAN

on . Posted in INFO PELBAGAI

KAMI WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

 

  • MEMASTIKAN SEMUA KANAK-KANAK MENGIKUT UMUR YANG DITETAPKAN MENDAPAT TEMPAT BELAJAR PADA HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN BARU DIMULAKAN.

  • MENEMPATKAN GURU-GURU KE SEKOLAH-SEKOLAH TIDAK LEWAT DARI TIGA MINGGU SETELAH MENERIMA SENARAI GURU MAKTAB DAN UNIVERSITI DARI JABATAN
    PENDIDIKAN PERAK DAN MEMASTIKAN BAHAWA SEMUA SEKOLAH SENTIASA DIBEKALKAN DENGAN GURU-GURU SECUKUPNYA.

  • MEMASTIKAN PROSES PERTUKARAN GURU SECARA ATAS TALIAN DIURUS DALAM
    TEMPOH 30 HARI BEKERJA DARIPADA TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEHINGGA TARIKH SURAT KELULUSAN PERTUKARAN DALAM DAERAH DIKELUARKAN.


    BERSEDIA MENERIMA PENERANGAN DAN MAKLUMAT TERKINI DENGAN LENGKAP DAN TEPAT PADA TARIKH DAN MASA YANG DIKEHENDAKI KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN.

  • MEMBERI LAYANAN DAN PERKHIDMATAN KAUNTER YANG MESRA DAN ADIL SEPANJANG MASA.

  • SENTIASA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN AGENSI-AGENSI LUAR PENDIDIKAN KE ARAH MENCAPAI WAWASAN NEGARA.

  • SENTIASA PEKA DAN RESPONSIF TERHADAP SEGALA PANDANGAN, CADANGAN DAN  TEGURAN YANG MEMBINA DEMI MENINGKATKAN PRESTASI PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN.